Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia siasat kegiatan haram eksport nikel ke China bernilai $1.3b

Jul 06, 2023 | 02:30 PM



JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia sedang menyiasat pengiriman bijih nikel yang disyaki dilakukan secara haram ke China, bernilai 14.5 trilion rupiah ($1.3 bilion) sepanjang dua setengah tahun sejak awal 2020.


Suruhanjaya Pencegah Rasuah (KPK) Indonesia baru-baru ini mendedahkan bahawa kira-kira 5.3 juta tan bijih nikel dari Indonesia dikirim secara haram ke China dari Januari 2020 hingga Jun 2022.

Kegiatan itu mengakibatkan negara dianggarkan mengalami kerugian 575 bilion rupiah ($51.8 bilion) dari segi royalti dan cukai eksport.

Encik Muhammad Wafid, pemangku ketua pengarah bahagian galian dan perlombongan arang batu di Kementerian Sumber Galian dan Tenaga, berkata pejabatnya sedang menyelaraskan perkara ini dengan institusi berkaitan, termasuk kedutaan Indonesia di Beijing.

“Kami sedang melakukan pengesahan tentang kesemuanya kerana eksport (bijih nikel) diharamkan,” katanya dipetik oleh Kontan.co.id.


Badan pencegah rasuah Indonesia pada awalnya mengesan adanya semacam jurang yang besar tentang nilai eksport nikel dalam catatan Statistik Indonesia dengan Pentadbiran Am Kastam China.

Tidak terdapat catatan butiran tempat asal galian itu, tetapi kemungkinan ia adalah dari lombong-lombong di Sulawesi atau Maluku Utara, iaitu kawasan perlombongan nikel terbesar di Indonesia, menurut pegawai penyelia KPK, Encik Dian Patria.

Pengiriman galian itu telah melanggar peraturan larangan eksport bijih nikel, atau nikel yang belum diproses, yang telah dikuatkuasakan sejak Januari 2020.

Hanya nikel yang telah diproses sahaja seperti feronikel dan besi nikel dibenarkan untuk dieksport.

Larangan itu bertujuan menggalakkan pelaburan dalam kemudahan memproses dan melebur galian itu di Indonesia, negara pengeluar nikel terbesar di dunia, bahan utama pembuatan bateri bagi kenderaan elektrik (EV), dan bagi memperkukuh industri tempatan.

Encik Nirwala Dwi Heryanto, jurucakap jabatan kastam dan eksais Kementerian Kewangan, berkata pihaknya telah mengesahkan tentang pengiriman secara haram itu dengan rakan sejawatan mereka di China, dan mendapatkan senarai pengeksport yang akan dikongsikan dengan KPK.

Pegawai khusus kepada menteri bagi sumber tenaga dan galian, Profesor Irwandy Arif, berkata kementerian itu tidak mengeluarkan rekomendasi eksport kepada Kementerian Perdagangan – yang mempunyai kuasa mengeluarkan permit eksport – sejak larangan itu dikuatkuasakan.

“Tidak ada rancangan untuk membenarkan eksport bijih nikel dalam saranan belanjawan tahunan yang diluluskan (sejak 1 Januari 2020),” jelas beliau kepada The Straits Times (ST).


Ketua Setiausaha Persatuan Lombong Nikel Indonesia, Cik Meidy Katrin Lengkey, berkata bijih nikel itu mungkin telah dikirim ke beberapa pelabuhan di China dengan menggunakan deklarasi palsu, atau menyatakan bahawa itu adalah bahan yang telah diproses.

Indonesia mempunyai simpanan nikel berjumlah 21 juta tan, hampir seperempat daripada simpanan dunia, menurut dapatan Tinjauan Geologi Amerika Syarikat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >