Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar bakal temui pelbagai pihak, selesaikan isu air di Kelantan, Sabah

May 25, 2023 | 05:41 PM



SHAH ALAM: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau sedang mengatur pertemuan bagi mencari penyelesaian isu bekalan air di Kelantan dan Sabah, minggu depan.


Beliau berkata pertemuan itu akan membabitkan Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), kerajaan Kelantan serta Sabah.

“Seperti mana saya sebutkan, saya sedang mengatur pertemuan dengan NRECC, MOF dan Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yakob), begitu juga dengan (pimpinan kerajaan) Sabah.

“Saya cuba ubah suai jadual untuk jumpa (mereka),” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turath Islami Selangor pada Khamis, lapor Berita Harian Malaysia.


Datuk Anwar sebelum ini dilaporkan berkata akan mengundang Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Nor; dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, untuk mencari jalan penyelesaian isu bekalan air di dua negeri berkenaan.

Datuk Anwar berkata beliau komited dalam mencari jalan kepada isu terbabit selepas mendapat input permasalahan daripada pemimpin berkenaan berhubung masalah yang membelenggu kededua negeri terbabit sejak sekian lama.

Sebelum ini, Datuk Hajiji berkata kerajaan Sabah akan membangkitkan semua isu berkaitan masalah bekalan air di negeri itu pada pertemuan dengan Datuk Anwar bagi mendapatkan penyelesaian berkekalan.

Beliau berkata pihaknya terharu dengan komitmen Kerajaan Persekutuan yang mahu membantu kerajaan negeri menyelesaikan masalah air di Sabah dengan segera seperti diumum Datuk Anwar.

“Sebenarnya, kerajaan negeri sedang melaksanakan rancangan sendiri bagi menangani masalah air itu.

“Bagaimanapun, dengan adanya bantuan yang ditawarkan Kerajaan Persekutuan, kita percaya masalah bekalan air di negeri ini dapat diselesaikan dengan cepat,” katanya.

Datuk Hajiji berkata Kerajaan Persekutuan akan menyediakan peruntukan lebih besar kepada Sabah bagi mengatasi masalah bekalan air dan tindakan sama diberikan kepada Kelantan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, pula berkata komitmen Kerajaan Persekutuan menyelesaikan isu bekalan air di Sabah tidak akan mengganggu gugat hak, bidang kuasa dan kepentingan kerajaan negeri. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >