Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar bidas Muhyiddin gagal tadbir negara

Aug 10, 2023 | 01:05 PM



KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membidas lawannya yang berkali-kali menggelarnya “tidak berguna” sepanjang kempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN).


Dalam satu ceramah di sini, beliau menyenaraikan kegagalan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) selama tiga tahun, dan percubaannya untuk menghapuskan rekod buruknya dengan memainkan sentimen nasionalis Melayu.

Gabungan parti PN, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), telah berkuasa melalui rampasan kuasa yang dipanggil “Langkah Sheraton” pada Februari 2020 yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu.

Antara kegagalan yang dikatakan Datuk Anwar ialah keputusan untuk tidak membiayai baik pulih kuarters dan peralatan buat anggota keselamatan yang terlibat di Kawasan Keselamatan Timur Sabah (ESSC).

Kerajaan PN juga telah menambah bilangan cabutan loteri khas kepada 22 kali setahun, pada hal ia mendakwa dirinya pro-Islam, kata Datuk Anwar, dipetik akhbar The Star.


“Polis dan angkatan tentera telah meminta RM40 juta ($12.12 juta), tetapi Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab dan mengatakan tidak ada wang,” kata Datuk Anwar merujuk kepada mantan Perdana Menteri PN, Tan Sri Muhyiddin.

“Tetapi kemudian (Tan Sri Muhyiddin) membelanjakan RM40 juta untuk mengubah suai kediaman rasmi Sri Perdana,” kata Datuk Anwar kepada penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Hiliran pada Rabu malam.

Sebelum ini, dalam ucapan kempen Tan Sri Muhyiddin di Terengganu, pengerusi PN itu berulang kali menggelar Datuk Anwar sebagai “bodoh” dan menuduhnya tidak “melakukan apa-apa untuk orang ramai” selepas beliau memegang jawatan pada November 2022.

Menafikan perkara itu, Datuk Anwar berkata beliau menerima permohonan RM40 juta yang sama daripada polis dan angkatan tentera dan meluluskannya selepas mengesahkan jumlah yang diperlukan dengan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

“Mereka (PN) kata mereka sudah merancang melakukannya tetapi tidak mempunyai masa. Mereka mempunyai tiga tahun untuk melakukannya dan mereka tidak melakukannya. Saya melakukannya dalam tempoh enam bulan,” katanya.

Selain itu, PAS juga gagal mengurangkan perjudian ketika ia berkuasa, kata Datuk Anwar.

“Semasa saya menjadi ketua Pembangkang, saya menyoal mereka di Parlimen dan PAS berkata itu bukan keputusan mereka. Tetapi anda berada dalam kerajaan. Jika mereka masih dalam kerajaan, masih ada 22 cabutan khas,” ujar Datuk Anwar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >