Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Anwar calon PKR di Kajang

Jan 28, 2014 | 06:02 PM

PETALING JAYA: Dalam satu pengumuman yang dijangkakan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata ketua tidak rasmi parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam satu pilihan raya kecil yang bakal diadakan di Selangor tidak lama lagi.

DUN Kajang, yang disandang PKR, dikosongkan semalam berikutan peletakan jawatan mengejut Ahli Dewan Undangan Negerinya (Adun), Encik Lee Chin Chieh.

Pencalonan Datuk Seri Anwar itu meningkatkan spekulasi bahawa beliau mungkin mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor, sekali gus menyelesaikan tengkarah antara ketua PKR Selangor, Encik Azmin Ali, dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun, apabila ditanya pihak media, Datuk Seri Anwar hari ini berkata beliau tidak akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid sebagai menteri besar jika memenangi kerusi DUN Kajang dalam pilihan raya kecil nanti.

Beliau, bagaimanapun, tidak memberikan penjelasan lanjut. - Agensi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3