Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anwar disenarai antara ahli politik Islam paling berpengaruh di dunia

Oct 13, 2023 | 11:16 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tersenarai sebagai antara pemimpin dan ahli politik Islam paling berpengaruh di dunia.


Edisi terbaru ‘The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslim 2024’ menyenaraikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu di kedudukan ke-11 bagi kategori pemerintah dan ahli politik seperti tersenarai dalam penerbitan.

Mengikut laporan Berita Harian Malaysia, Datuk Anwar berada di belakang Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, atau lebih dikenali sebagai Jokowi yang berada di tangga kesembilan dalam senarai sama.


Mengimbau pencapaian Datuk Anwar pada 2022, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada di kedudukan ke-22 dalam kategori sama.

Mengikut penerbitan berkenaan, pemilihan dibuat berlandaskan pelbagai aspek termasuk budaya, pemikiran, kewangan dan politik.

Aspek lain diambil kira termasuk melakukan perubahan yang memberi kesan terhadap dunia Islam dan penganutnya.

Datuk Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November 2022.

Datuk Anwar kini menerajui Kerajaan Perpaduan yang merangkumi gabungan beberapa parti politik di negara itu.

Gabungan itu antaranya termasuk PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Warisan dan beberapa parti kecil lain yang dibentuk atas permintaan Yang di-Pertuan Agong selepas PRU15. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >