Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KABINET BARU MALAYSIA

Anwar gadai prinsip tata kelola yang baik: Muhyiddin

Dec 04, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggadai prinsip tata kelola yang baik seperti dijaja ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila melantik kleptokrat menganggotai Kabinetnya, kata Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.



Tan Sri Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, menganggap barisan Kabinet yang diumumkan Datuk Anwar, paling mengecewakan dalam sejarah negara, apabila seseorang yang diarah membela diri terhadap 47 pertuduhan jenayah rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.



"Tindakan Anwar ini ibarat menjual maruah negara semata-mata kerana keinginannya menjadi Perdana Menteri.



"Kabinet kleptokrat yang tertubuh atas penipuan terhadap mandat rakyat ini tidak mempunyai sebarang keabsahan untuk berfungsi sebagai badan eksekutif tertinggi negara.



"Beliau sendiri sebagai Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan, satu amalan yang membawa kepada pemusatan kuasa dan penyelewengan berskala besar seperti yang berlaku dalam kes 1MDB sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan semalam.



Tan Sri Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu, berkata bagaimana rakyat dan pelabur boleh percaya terhadap kepimpinan Datuk Anwar apabila beliau ternyata berbohong kepada seluruh dunia mengenai agenda antirasuah, reformasi institusi dan pembelaan nasib rakyat jelata.



Katanya, pengumuman Kabinet membuktikan prinsip kewibawaan, ketelusan dan akauntabiliti nyata dikompromi oleh Datuk Anwar.



"Selain itu, Ahli Parlimen yang dikenali dengan sikap cauvinis melampau dilantik menerajui kementerian tertentu yang bakal mengundang kontroversi. Boleh dijangkakan dasar bersifat perkauman yang ekstrem akan diperkenalkan.



"Sistem negara kita telah rosak apabila individu bankrap moral dan prinsip boleh dilantik menerajui negara dan yang terpalit dengan jenayah rasuah menganggotai Kabinet.



"Rasa tanggungjawab dan belas kasihan terhadap rakyat telah tiada dan rakyat juga hilang percaya terhadap tonggak kepimpinan negara," katanya.



Tan Sri Muhyiddin menyifatkan, agenda reformasi diperjuangkan Datuk Anwar selama ini ibarat tin kosong, apabila tidak dapat mempertahankan perjuangan parti sendiri untuk memerangi rasuah dan mempromosikan tadbir urus yang baik dalam lantikan Kabinet itu.



Susulan lantikan Kabinet itu, Tan Sri Muhyiddin berkata, nilai Datuk Anwar sebagai pemimpin sejati yang patut dihormati kini amat diragui.



Sementara itu Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Datuk Anwar terkait muflis moral kerana dianggotai individu terpalit masalah moral, selain 'terkenal' dengan julukan kluster mahkamah.



Beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, menegaskan sebaliknya kerajaan baru yang dinaungi Pakatan Harapan (PH) perlu mengangkat pemimpin yang mendahului kepentingan rakyat termasuk mementingkan nilai moral, kewibawaan serta akauntabiliti, bukannya mengatasi kepentingan peribadi, lapor BH Online semalam.



"Pengumuman pembentukan Kabinet tiada apa yang mengejutkan. Kerajaan rosak pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini, benar-benar telah muflis moral apabila kluster mahkamah yang selama ini rakus mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan kuasa diangkat ke Kabinet.



"Sebaliknya, Anwar Ibrahim telah mencampakkan segala nilai moral, prinsip, integriti serta akauntabiliti ke tong sampah demi kuasa dan takhta.



"Ini suatu lagi bukti jelas bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang politikus matlamat menghalalkan cara, yang sanggup menggadaikan apa sahaja demi kuasa."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >