Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Anwar hadiri majlis Aidilfitri di Istana Negara

Apr 25, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri 1444H di Istana Negara pada Sabtu.



Turut menghadiri majlis itu ialah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan mengambil juadah makanan bersama Datuk Anwar dan isterinya.



Sepanjang Syawal ini, Datuk Anwar akan mengadakan Rumah Terbuka Malaysia Madani yang bermula di Kedah pada 29 April ini, diikuti Pulau Pinang (6 Mei), Negeri Sembilan (7 Mei), Kelantan (12 Mei), Terengganu (13 Mei) dan kemuncak sambutan rumah terbuka itu berlangsung di Selangor pada 14 Mei.



Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, pada Ahad membalas kritikan bahawa penganjuran majlis itu di enam negeri ada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN).



Sebaliknya ia usaha kerajaan Persekutuan mendekati rakyat dan kepimpinan kerajaan negeri termasuk yang ditadbir pembangkang, katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >