Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Anwar: Hak kesihatan tanpa kira status, diskriminasi

Apr 08, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menegaskan bahawa hak kepada kesihatan harus dinikmati setiap pihak tanpa mengira status atau perbezaan dan diskriminasi.



Perdana Menteri Malaysia itu berkata demikian sempena Hari Kesihatan Sedunia pada Jumaat, yang bertemakan 'Kesihatan untuk Semua'.



Katanya, tema yang dipilih itu juga selaras dengan nilai dan prinsip Malaysia Madani kerana kerajaan mengiktiraf hak untuk kesihatan sebagai hak asasi manusia yang penting bagi mencapai kehidupan yang bermaruah.



"Hak untuk kesihatan ini seharusnya dinikmati oleh setiap orang secara saksama tanpa mengira status atau sebarang perbezaan dan diskriminasi," katanya di Facebook, di sini.



Datuk Anwar berkata, beliau juga komited untuk memacu pelaksanaan agenda 'Kesihatan untuk Semua' selari dengan penubuhan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke-75.



"7 April 2023 juga adalah ulang tahun ke-75 WHO. Justeru, sambutan Hari Kesihatan Sedunia ini turut mempamerkan perkongsian serta kerjasama erat antara kerajaan Malaysia dan WHO yang sudah terjalin sejak 65 tahun yang lalu.



"Saya mengulangi komitmen kerajaan untuk memacu pelaksanaan agenda 'Kesihatan untuk Semua'.



"Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan WHO bagi mempromosi kesihatan, memelihara kesejahteraan serta memberi perkhidmatan kepada golongan rentan agar setiap orang di mana sahaja boleh mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan tertinggi," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >