Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PEREBUTAN KERUSI TAMBUN, PERAK

Anwar ikrar perangi rasuah, perjuang dasar berbilang kaum

Gelanggang persaingan kerusi Parlimen di Tambun, Perak, menarik empat calon, tetapi dua pesaing utama muncul. Di satu penjuru, calon Perdana Menteri Pakatan Harapan,
Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah berpindah dari jaminan pangkalan penyokong di Port Dickson, Negeri Sembilan, untuk menakluk Tambun dan Perak, dalam usaha memperluas pengaruh dan bidang kuasa pembangkang di sana. Di sudut bertentangan pula, penyandang jawatan di Parlimen, Datuk Seri Ahmad Faizal Amuzu, menunggu kehadiran Datuk Seri Anwar untuk membuktikan beliau lebih berpengaruh di tempat kelahirannya sendiri. BERITA HARIAN sempat bertemu Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Ahmad Faizal, serta dua calon lain di Tambun, Perak, baru-baru ini.
Nov 11, 2022 | 05:30 AM



NARATIF politik berbaur perkauman wajar dihentikan kerana semua tokoh politik harus berkhidmat kepada semua kaum apabila dipilih berkhidmat dalam kerajaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menekankan pendirian peribadi dan perjuangan Pakatan Harapan (PH) untuk berkhidmat kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia.



Selain memperjuang dasar berbilang kaum, Datuk Anwar, calon PH untuk jawatan Perdana Menteri, juga berkempen dengan ikrar membersihkan kerajaan daripada rasuah.



Bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, Datuk Anwar telah berpindah dari pangkalan sokongan di Port Dickson, Negeri Sembilan, dengan bertanding di Tambun, Perak.



Namun, usaha Datuk Anwar untuk menggembleng sokongan rakyat berbilang dimensi kali ini disebabkan beliau juga calon Perdana Menteri PH.



Beliau telah melawat rakyat di serata Malaysia sejak beberapa bulan, apabila desas-desus Parlimen akan dibubarkan mula timbul.



Malah, sejak Parlimen dibubarkan pada 30 Oktober lalu, Datuk Anwar telah mempergiat usaha mendekati rakyat dengan melawat beberapa negeri, dari Sarawak dan Sabah di Borneo ke Kelantan, Kedah dan Selangor.



Menyusuli lawatan beberapa hari di Perak antara Hari Penamaan Calon minggu lalu, beliau telah berangkat ke Pulau Pinang Ahad lalu.



Menyentuh tentang cabaran ekonomi yang dihadapi negara, Datuk Anwar berkata kerajaan PH yang berkuasa selama 22 bulan dianggap gagal kerana pentadbiran yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mengorak perubahan yang dimahukan, membuat rakyat berasa jengkel.



"Semasa PH memerintah dahulu, siapa ketua? Siapa Perdana Menteri kalau bukan Tun Mahathir. Tanpa pentadbiran dan pemerintahan yang baik, negara tidak boleh bangkit.



"Rakyat susah, harga barang naik. Selepas itu, ganti pula dengan (Tan Sri) Muhyiddin, lagi teruk. Rakyat nak makan pun tak cukup. Malah pada zaman beliau, kita pemegang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) paling lama. Dah tu, ganti dengan (Datuk Seri) Ismail Sabri, dia pi tambah bilangan menteri pula."



Hujahnya mengenai kos sara hidup itu meneruskan naratif yang dikatakannya semasa menghadiri jamuan rakyat di Klebang Restu, Ipoh, minggu lalu.



Pada acara itu, Datuk Anwar berkata kos sara hidup meningkat adalah isu rakyat yang harus dibincangkan.



Malangnya, katanya, isu ini telah diselindungi di balik naratif yang menimbulkan isu perkauman.



"Ada ramai orang Melayu yang miskin... tapi jumlah orang India yang miskin lebih ramai di Tanah Melayu ini," menurut Datuk Anwar yang berkata kumpulan paling miskin di Malaysia melibatkan kaum India dan Orang Asli.



"Pemimpin perlu ambil tahu.



"Kalau saya jadi Perdana Menteri, tak kanlah saya tak ambil tahu perkara ini... kerana semua kaum adalah rakyat saya," ujar Datuk Anwar.



Datuk Anwar bertanding bagi kerusi Parlimen Tambun kerana beliau ingin menjadikan Perak sebagai negeri barisan depan pembangkang di Malaysia.



Selain itu, beliau juga berkata beliau 'berpindah' ke sana dari Port Dickson untuk merampas semula kerusi yang dicuri daripada PH.



Beliau merujuk kepada penyandang jawatan Parlimen Tambun, iaitu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, atau Peja, anggota Bersatu yang memenangi kerusi itu di bawah bendera PH, tetapi bertukar bendera kepada Perikatan Nasional (PN) selepas Bersatu berpindah daripada PH kepada PN.



Memberi reaksi kepada pengumuman Datuk Anwar untuk bertanding di Tambun, Datuk Ahmad Faizal telah mengingatkan Datuk Anwar menerusi video bahawa perkataan 'air' disebut 'ayor' dalam loghat Perak, dan bukan 'ayaq' seperti di Pulau Pinang.



Namun, Datuk Anwar berkata isu sebutan air itu mengalihkan tumpuan daripada isu sebenar yang dihadapi rakyat seperti kos sara hidup yang meningkat.



Bersependapat, Ketua Kampung Seri Klebang/Chepor Dalam, Encik Ahmad Shafiq Ahmad Ariffin, berkata penduduk di kawasan itu hanya mahu hidup damai dan politik yang tidak memecah-belahkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >