Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anwar ikrar peruntuk RM3b tingkat hasil padi Kedah

Jul 15, 2023 | 04:55 PM



ALOR STAR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu berikrar memperuntukkan RM3 bilion ($876 juta) bagi meningkatkan pengeluaran hasil padi Kedah dalam usaha menambah pendapatan bulanan pesawah di samping meningkatkan keselamatan makanan negara.


Datuk Seri Anwar berkata beliau komited untuk memenuhi hasrat pesawah untuk menaik taraf sistem dan infrastruktur pengairan padi sedia ada di kawasan seluas 201,000 hektar sawah padi yang terletak di bawah naungan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.

“Mada telah memulakan projek perintis untuk lima musim penanaman setiap dua tahun dan, memandangkan projek itu berjaya, kini kami perlu mula berusaha mengembangkannya ke skala yang lebih besar, meliputi semua sawah padi di bawah Mada.

“Saya mahu memastikan rezeki pesawah kami benar-benar ditingkatkan dengan meningkatkan pendapatan bulanan semasa daripada RM1,200 kepada RM1,800 melalui projek itu.

“Pada masa yang sama, kami akan dapat menyelesaikan isu keselamatan makanan negara dengan meningkatkan hasil padi khususnya di Kedah,” katanya.

Kira-kira 18,000 orang menghadiri majlis yang dianjurkan di ibu pejabat Mada di Ampang Jajar di sini.

Datuk Seri Anwar juga mengumumkan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah menyatakan komitmennya bahawa Padiberas Nasional Bhd (Bernas) akan membantu Kementerian Pertanian dan agensinya, iaitu Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan Mada dalam projek itu.

“Pihaknya ingin meminta kerjasama daripada pesawah untuk memberi peluang kepada kami memperkenalkan kaedah penanaman baru bagi meningkatkan hasil padi mereka memandangkan projek perintis itu telah terbukti berjaya.

“Kami harap melalui beberapa program termasuk Penanaman Padi Pintar Berskala Besar (Smarty SBB) kita akan mencapai sasaran. Tugas saya ialah mencari peruntukan RM3 bilion,” katanya.

Kedah adalah pengeluar beras terbesar di negara ini dengan satu juta tan pengeluaran tahunan, menyumbang kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan pengeluaran beras negara.

Dalam ucapannya, Datuk Seri Anwar menambah bahawa kerajaan perpaduan komited untuk meningkatkan taraf hidup petani, nelayan dan pekebun kecil getah di negara ini.

Beliau berkata di bawah Belanjawan 2023, kerajaan persekutuan memperuntukkan RM1.6 bilion untuk subsidi dan insentif tanaman padi.

“Kerajaan juga bersetuju meningkatkan bantuan tunai musim tengkujuh kepada pekebun kecil getah daripada RM600 kepada RM800 sebulan untuk tempoh empat bulan.

“Bagi nelayan pula, kerajaan memperuntukkan bantuan tunai sebanyak RM300 sebulan.

“Buat pertama kalinya, kerajaan perpaduan memperuntukkan bantuan wang tunai khas perayaan Aidilfitri berjumlah RM200 kepada lebih 850,000 pekebun kecil getah, petani dan nelayan tahun ini,” katanya. – Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >