Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar: Jangan tunduk kepada 'ancaman' tarikh pilihan raya

Sep 16, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, supaya tidak menyerah kepada sebarang "ancaman" oleh segolongan mereka yang terlibat dalam kes mahkamah apabila menetapkan tarikh pilihan raya umum negara akan datang.



"Ada kemungkinan (pilihan raya awal), tetapi saya telah mengatakan bahawa seorang perdana menteri tidak boleh menetapkan tarikh pilihan raya berdasarkan ancaman sekumpulan kecil dan kepentingan mereka yang mahu menutup kes mahkamah mereka," kata pengerusi gabungan Pakatan Harapan (PH) itu kepada wartawan.



Walaupun beliau tidak menyebut nama, ahli politik veteran itu merujuk kepada Ahli Parlimen (AP) dan pemimpin politik yang menghadapi kes rasuah di mahkamah.



Datuk Anwar berkata PH menjangka pilihan raya umum akan berlangsung pada Oktober atau awal November, dan jentera pilihan raya partinya sedang dipersiapkan.



Beliau berkata demikian selepas satu sesi dewan perbandaran dengan golongan muda, menjawab soalan sama ada parti gabungannya akan bersedia untuk menghadapi pilihan raya jika ia diadakan selepas Belanjawan 2023, yang dijadual dibentangkan pada 7 Oktober.



Wujud spekulasi hangat Parlimen akan dibubarkan selepas pembentangan belanjawan itu, yang telah diawalkan tiga minggu, untuk memberi laluan kepada pilihan raya.



Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, pernah menyatakan bahawa pilihan raya akan diadakan tahun ini.



Secara umum, pilihan raya di Malaysia tidak dijangkakan pada lewat tahun ini kerana musim tengkujuh, yang sering menyebabkan banjir di kawasan Pantai Timur pada Disember.



Terbaru, Datuk Ismail Sabri berkata beliau mungkin berjumpa dengan 'lima jawatan tertinggi' parti Umno untuk membincangkan tarikh pilihan raya umum.



Pertemuan itu mungkin diadakan sebelum pembentangan belanjawan.



Sementara itu, Datuk Anwar berkata rundingan mengenai peruntukan kerusi (Parlimen dan Dewan Undangan Negeri) serta rancangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) untuk menyertai PH sedang berjalan dan pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.



Bagi PH, katanya, kerusi yang dimenangi atas platform parti pada 2018 akan kekal dalam parti sama.



Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menambah bahawa pelbagai pandangan akan dipertimbangkan mengenai penentangan Pemuda PKR untuk bekerjasama dengan parti Muda.



"Kami menimbangkan pendapat semua orang, tetapi seperti yang saya katakan, walaupun ada sebab, kami perlu membincangkan implikasinya secara menyeluruh," ujar Datuk Anwar.



"Sesiapa yang bersama Pakatan mempunyai prinsip utama tertentu yang perlu dipegang.



"Terdapat parameter jelas yang perlu diterima, tetapi kita perlu memberi ruang bagi perbincangan."



Mengenai sama ada PH bersedia mendengar pandangan parti Muda, Datuk Anwar berkata perbincangan akan diteruskan.



"Saya telah memberi peluang, dan pada pemahaman saya, kami telah bertemu dengan kebanyakan pemimpin, dan saya juga telah memaklumkan kepada mereka bahawa mereka boleh meneruskan perbincangan dengan pemimpin parti yang ditetapkan, dan saya fikir ia berterusan."



"Saya tidak fikir ada masalah dengan memulakan perbincangan," tambahnya.



Sementara itu, Datuk Anwar menjangkakan hukuman penjara bekas perdana menteri, Encik Najib Tun Razak, akan menyebabkan lebih sokongan kepada PH.



Datuk Anwar, 75 tahun, berkata beliau bercadang mahu berkempen mengenai isu itu dalam pilihan raya akan datang dengan mengemukakan kepada rakyat Malaysia bahawa rasuah dalam kalangan tokoh paling berkuasa negara tidak akan dibiarkan lagi.



Encik Najib telah mula menjalani hukuman penjara selepas mahkamah tertinggi Malaysia mengekalkan sabitan 2020 atas kesalahan rasuah berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sebuah dana negara yang bermasalah dengan berbilion ringgit diselewengkan. - The Star, Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >