Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BANJIR DI MALAYSIA

Anwar: Kerajaan jimat RM2b henti runding terus projek tebatan banjir

Dec 22, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan pimpinan beliau berupaya menjimatkan hampir RM2 bilion setelah menghentikan amalan rundingan terus membabitkan cadangan projek rancangan tebatan banjir (RTB).



Datuk Anwar, yang juga selaku Menteri Kewangan, telah membentangkan Bajet Mini 2023 berjumlah RM107.7 bilion, di Dewan Rakyat, sidang pertama selepas pilihan raya umum ke-15.



Belanjawan itu adalah untuk menjamin bayaran gaji para penjawat awam bagi memastikan kerajaan berfungsi sehingga tahun depan.



Menjelaskan alasan beliau membatalkan projek berkenaan, Datuk Anwar berkata beberapa di antara projek tersebut bukan "mendesak" dan dijadualkan selesai hanya pada 2027.



Beliau menyebut tentang bantuan khusus untuk beberapa daerah di Kelantan, seperti Pasir Putih dan Pasir Mas, yang dijadualkan selesai antara 2025 dengan 2027.



Beliau selanjutnya berkata pegawai-pegawai dari Kementerian Kewangan telah memaklumkan tentang jumlah yang dapat dijimatkan oleh kerajaan sekurang-kurangnya RM1 bilion sekiranya kontrak diberikan melalui kaedah lain.



"Jadi, cuba fahamkan, mengapa saya bertegas tentang hal ini. Daripada RM1 bilion itu, kita boleh menjimatkan lagi hampir RM2 bilion kerana kita menghentikan amalan rundingan langsung," katanya.



Datuk Anwar berkata penelitian yang ketat terhadap rundingan langsung menunjukkan beberapa projek telah diberikan kepada keluarga dan rakan-rakan, yang memungkinkan berlakunya amalan nepotisme dan kronisme.



"Justeru itu, tidak timbul soal bersih sama sekali, tiada yang bersih. Banyak yang kotor juga," kata beliau sambil menambah, dengan nada sindiran terhadap parti pembangkang, Perikatan Nasional (PN), yang mempunyai slogan "penyayang, bersih dan stabil." - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >