Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar lawat Indonesia, tingkat hubungan dua hala

■ Lawatan rasmi pertama PM M’sia ■ Acara kemuncak pertemuan dengan Presiden Jokowi di Istana Bogor
Jan 09, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meneruskan tradisi bertemu rakan sejawat di Indonesia dalam lawatan rasmi pertama ke luar negara bagi membincangkan beberapa agenda penting ke arah mempertingkatkan hubungan dua hala.



Memulakan rangka kerja lawatan selama dua hari bermula semalam penerbangan khas membawa Datuk Seri Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Lapangan Terbang Antarbangsa Soekarno-Hatta, Jakarta semalam.



Lawatan Perdana Menteri itu turut diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.



Datuk Anwar turut menyaksikan majlis memeterai sembilan memorandum persefahaman (MoU) antara sektor swasta Malaysia dan Indonesia di sebuah hotel di sini sebelum bersama diaspora Malaysia dalam satu majlis makan malam di kedutaan negara di Jakarta.



Acara kemuncak lawatan sulung Datuk Anwar ke luar negara itu dijadual berlangsung pada hari ini dalam majlis sambutan rasmi di Istana Bogor bagi pertemuan empat mata dengan Presiden Joko Widodo.



Mesyuarat di antara kedua-dua pemimpin berkenaan memberi peluang menilai kemajuan kerjasama dua hala, meneroka peluang baharu dan menangani cabaran serantau serta global.



Antara isu utama yang akan dibincangkan adalah kerjasama ekonomi termasuk potensi pelaburan oleh Malaysia di Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara dan strategi bagi menangani diskriminasi minyak sawit oleh Kesatuan Eropah (EU).



Selain itu, mengenai pembatasan sempadan darat dan maritim, pengambilan dan perlindungan pekerja migran dari Indonesia serta kepengerusian Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (Asean) oleh Indonesia pada tahun ini.



Kedua-dua pemimpin tersebut kemudiannya akan menyaksikan penyerahan 11 pucuk Surat Minat (LoI) oleh syarikat-syarikat Malaysia kepada Pengerusi Nusantara, Bambang Susantono untuk pembangunan IKN Nusantara sebelum menghadiri satu sidang media bersama di lokasi sama.



Malaysia melihat pembangunan IKN Nusantara di Kalimantan bakal memberi manfaat kepada negara terutama Sabah dan Sarawak.



Indonesia merupakan rakan dagang global rakan dagang keenam terbesar dan kedua terbesar dalam kalangan negara ASEAN bagi tempoh Januari hingga November 2022 dengan peningkatan jumlah dagangan sebanyak 41.7 peratus iaitu RM120.26 bilion ($36.5 bilion) berbanding 2021.



Datuk seri Anwar seterusnya dijangka menyampaikan syarahan umum bertajuk Hubungan Strategik Malaysia Indonesia Menara Bank Mega dan menamatkan lawatan rasmi ke negara republik itu dengan sidang media bersama wartawan Malaysia. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >