Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar: Masalah utama Malaysia ialah isu tadbir urus yang baik dan rasuah

Jun 09, 2023 | 12:17 PM



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan menjadi negara maju jika tiada perubahan dilakukan bermula dari sekarang.

Menurutnya, perkara itu dipersetujui semua parti politik yang berada dalam Kerajaan Perpaduan yang mahu langkah perubahan perlu dilakukan segera.

“Ada pelbagai parti politik dalam Kerajaan Perpaduan dan semua mereka bersetuju masalah utama ialah isu tadbir urus yang baik, rasuah sudah menjadi endemik di negara ini.

“Sudah tentu, kerajaan hari ini akan menyesuaikan semua dasar ini,” katanya dalam temu bual dengan Aljazeera yang berpangkalan di Doha.

Ditanya sama ada pengkhianatan dan pakatan yang gagal menyukarkan beliau untuk mempercayai orang lain, Datuk Anwar secara tegas berkata, setiap orang berubah dan semua orang melakukan kesilapan pada masa lalu.

“Tetapi kami diberi peluang (untuk memerintah sekarang). Mengapa kamu memaksa orang lain sebegitu keras?” katanya.

Beliau turut mengulangi komitmennya untuk mereformasikan dasar yang ada berdasarkan keperluan dan bukannya mengikut kaum dengan menekankan bahawa negara perlu berubah.

“Melainkan ada komitmen politik yang jelas, keazaman untuk berubah, saya tidak percaya Malaysia akan bertahan,” katanya.

Sementara itu, Datuk Anwar berkata, rakyat masih bersama Kerajaan Perpaduan dan mereka seakan tidak percaya bahawa kerajaan sekarang boleh menguruskan negara dengan baik,” katanya yang mengulas dakwaan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa rakyat masih bersama pembangkang.

Datuk Anwar turut menafikan terdapat sebarang cabaran serius terhadap pegangan kuasa kerajaannya sambil mengulangi gabungannya mempunyai majoriti dua pertiga.

“Mereka boleh memberi sedikit tekanan, tetapi ia tidak akan menjejaskan kedudukan kerajaan terkini.

“Saya bukan lagi ketua pembangkang dan saya perlu menyampaikan, ia memerlukan banyak kesabaran dan lebih toleransi terhadap kritikan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai keyakinan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum akan datang.

Merujuk kepada tindakan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor, yang memukulnya pada 1998, Datuk Anwar berkata, pada malam itu beliau teruk diserang.

“Saya memikirkan ibu bapa, isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan keluarga selain saya berfikir mungkin tidak akan bertahan,” katanya.

Serangan itu menyebabkan matanya lebam kehitaman yang kemudian disesuaikan untuk digunakan sebagai lambang PKR.

Tan Sri Abdul Rahim dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 atas kesalahan itu.

Sementara itu, satu dokumentari Aljazeera yang turut memaparkan temu bual dengan Dr Wan Azizah dan anaknya, Cik Nurul Izzah melihat bagaimana kebangkitan Anwar menjejaskan keluarganya terutama ketika dua kali di dalam penjara. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >