Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Peguam bela bantah semua kes Muhyiddin dibicara serentak

May 30, 2023 | 03:30 PM



KUALA LUMPUR: Pasukan peguam bela Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan bantahan terhadap permohonan pihak pendakwaan supaya empat kes menggunakan kedudukan dan tiga kes menerima wang hasil aktiviti haram dihadapi bekas perdana menteri itu didengar bersama.


Dalam satu kenyataan pada Isnin, pasukan pembelaan menyatakan bahawa empat pertuduhan menggunakan kedudukan itu tidak mendedahkan kesalahan mengikut peruntukan undang-undang.

Menurut kenyataan itu, hujahan pendakwaan bahawa empat kesalahan predikat berkenaan berkait rapat dengan tiga pertuduhan pengubahan wang haram adalah “salah tanggap sepenuhnya” dan “pramatang.”

“Tanpa menyentuh terhadap merit dan dalam permohonan supaya kes dibicarakan bersama, kami menyatakan prinsip utama keadilan ialah tidak boleh ada perbicaraan bersama apabila empat kesalahan predikat tidak mendedahkan kesalahan mengikut undang-undang.

“Pasukan pembelaan sudah memfailkan permohonan supaya pertuduhan yang cacat ini dibatalkan dan pengurusan kes bagi permohonan ini ditetapkan pada 31 Mei ini,” menurut kenyataan itu.

Pembelaan berkata kenyataan media itu susulan laporan sebuah portal yang memetik dokumen permohonan pendakwaan yang menyatakan ia memohon kes dibicarakan bersama demi kepentingan keadilan dan menjimatkan masa kehakiman.

Pada prosiding sebutan kes 26 Mei lalu, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, memohon supaya empat kes menggunakan kedudukan dan tiga kes menerima wang hasil aktiviti haram dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan pada atau sebelum 30 Jun ini bagi pembelaan menjawab permohonan itu dan turut menetapkan 14 Julai bagi pendakwaan membalasnya.

Pada 10 Mac lalu, Tan Sri Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas empat pertuduhan salah guna kedudukan untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM232.5 juta ($68.4 juta) dan dua tuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta, antara tahun 2020 hingga 2022.


Tiga hari kemudian, iaitu pada 13 Mac, Tan Sri Muhyiddin sekali lagi didakwa atas pertuduhan ketujuh, iaitu kes pengubahan wang haram berjumlah RM5 juta, tahun lalu. – BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >