Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar nafi rumah terbuka Raya di 6 negeri bazir

Apr 29, 2023 | 04:00 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menolak dakwaan yang mengatakan bahawa penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri di enam negeri sebagai pembaziran mahupun tindakan ‘menunggang agama’.



Beliau berkata program tersebut bukan dilaksanakan atas kapasiti peribadi, sebaliknya dianjurkan kerajaan sebagai usaha mendampingi dan menyantuni rakyat.



“Kerajaan di mana-mana pun akan buat (majlis rumah terbuka), bukan membazir kerana kita beri makan kepada rakyat. Bagi saya ia tidak membazir.



“Kalau buat atas kapasiti peribadi termasuk keluarga, wajarlah guna wang dari poket sendiri, tetapi ini (anjuran) kerajaan untuk rakyat dan (perbelanjaan) jauh lebih murah (jika) buat di Alor Setar, Kedah berbanding di Putrajaya,” katanya.



Ribuan penduduk Kedah hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Hotel Raia, pada Sabtu.



Orang ramai mula membanjiri lokasi bermula 9 pagi walaupun program dijadual bermula pada 10 pagi.



Datuk Anwar tiba di bilik jamuan VIP pada 10 pagi dengan diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



Setakat 11 pagi, dianggarkan lebih 10,000 pengunjung hadir untuk menikmati jamuan disediakan di khemah tetamu selain beramah mesra dengan kepimpinan Pusat.



Sebelum ini, Perikatan Nasional (PN) mempertikaikan penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri di enam negeri yang disifatkan sebagai keterlaluan.



Majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri akan diadakan di Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu, dengan Kedah menjadi lokasi pertama pada Sabtu.



Ditanya mengenai dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, tidak dijemput ke majlis yang berlangsung Sabtu, Datuk Seri Anwar berkata beliau difahamkan pihak penganjur sudah menghantar jemputan kepada Menteri Besar Kedah itu.



“Saya difahamkan (Muhammad Sanusi) dijemput...Tuanku (Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah) akan berangkat, jadi MB (Menteri Besar) pun dijemput,” katanya. - Agensi berita.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >