Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Anwar pelawa komuniti perniagaan Arab Saudi melabur di M'sia

Mar 25, 2023 | 05:30 AM



JEDDAH: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa komuniti perniagaan di Arab Saudi untuk lebih banyak melabur di Malaysia berikutan Malaysia mempunyai kerajaan yang stabil dengan dasar yang jelas.



Berucap di hadapan ratusan ahli perniagaan Arab Saudi dan Malaysia, Datuk Anwar berkata, kerajaan baru di bawah kepemimpinannya komited untuk memudahkan urusan perniagaan di negara ini dengan melakukan pembaruan yang menyokong perniagaan dan agenda Madani.



"Sehubungan itu, saya meminta sebahagian daripada komuniti perniagaan untuk menghantar delegasi selepas Ramadan dan mengadakan pertemuan dengan rakan perniagaan anda.



"Kami sudah tentu menggalakkan anda untuk melabur dalam bidang seperti yang saya nyatakan sebagai keutamaan kami iaitu teknologi digital, sekuriti makanan dan sudah tentu, infrastruktur di negara ini dan kami mengharapkan penyertaan aktif anda di Malaysia," katanya lapor agensi berita Bernama.



Datuk Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucap tama pada majlis perjumpaan dengan komuniti perniagaan Arab Saudi dan Malaysia di ibu pejabat Bank Pembangunan Islam (IsDB) pada Khamis.



Dalam hantarannya di Facebook pada Jumaat, Datuk Anwar menukil:



"Mengadakan sesi pertemuan bersama kepala industri perniagaan yang terlibat dalam sektor perdagangan serta pelbagai sektor strategik Arab Saudi.



"Sekali lagi saya menyeru mereka untuk melabur di negara kita serta menjalin kerjasama dengan syarikat di Malaysia dan kerajaan komited untuk memudahkan setiap urusan ini.



"Saya juga galakkan mereka untuk melabur dalam bidang yang menjadi keutamaan Malaysia iaitu teknologi digital, sekuriti makanan dan infrastruktur.



"Semoga usaha ini dapat perkukuhkan lagi kerjasama Malaysia dan Arab Saudi."



Perdana Menteri Malaysia itu diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil tiba di Lapangan Terbang King Abdulaziz pada jam 6.40 pagi waktu tempatan (11.40 pagi waktu Malaysia) pada Rabu bagi memulakan lawatan rasmi tiga hari ke negara itu.



Datuk Anwar berkata kedua-dua negara menjalin perhubungan timbal balik yang baik dari segi pelaburan.



"Kami telah mempunyai beberapa bentuk pelaburan dalam infrastruktur (dari Arab Saudi di Malaysia)... dan mengagumkan (Malaysia) yang mempunyai ekonomi kecil berbanding Arab Saudi, mempunyai pelaburan di Arab Saudi.



"Saya menggesa anda untuk memberikan segala sokongan yang diperlukan berikutan langkah ini akan memberikan banyak perbezaan kepada dunia Islam, justeru menggalakkan ekonomi yang lebih rancak," katanya.



Perdana Menteri Malaysia itu turut berkongsi dengan hadirin berkenaan potensi Malaysia dan daya tarikannya sebagai destinasi pelaburan sehingga menarik minat Amazon Web Services (AWS) baru-baru ini untuk membuat keputusan melabur sebanyak RM25.5 bilion ($7.64 bilion) di negara ini.



Datuk Anwar yang juga gabenor IsDB bagi Malaysia, berkata usaha perlu dilaksanakan untuk memastikan pusat bank itu di Kuala Lumpur menjadi benar-benar signifikan.



"Gunakan pusat ini untuk semua bidang termasuk penyelidikan halal, malah vaksin, berikan tumpuan kepada cabaran baru, sains, teknologi, inovasi, sekuriti makanan, pendigitalan, dan kecerdasan buatan.



"Pusat Kecemerlangan IsDB Kuala Lumpur mesti bersedia untuk meneroka bidang dan disiplin baharu ini yang boleh memanfaatkan umat," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >