Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar: Pemimpin kerajaan hadapi siasatan rasuah juga

Kerajaan tidak tolak ansur, campur tangan dalam pendakwaan kes berprofil tinggi: Menteri Jabatan PM
Mar 30, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan pihak berkuasa turut menyiasat Ahli Parlimen (AP) dalam blok kerajaan dan bukan pembangkang saja.



Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui secara khusus mengenai siasatan berkenaan.



"Saya tidak tahu khusus, tetapi saya dimaklumkan memang ada siasatan membabitkan pembangkang dan blok kerajaan. Saya tidak tahu jawatan dan sebagainya, namun ketika soalan ini saya hanya bertanya kepada pihak penguatkuasaan dan mereka sahkan ada siasatan," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.



Datuk Anwar berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan daripada Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (Perikatan Nasional (PN)-Rantau Panjang) sama ada terdapat siasatan atau pendakwaan membabitkan blok kerajaan sebagaimana dilakukan terhadap pembangkang.



Mengulas mengenai siasatan dana politik, Datuk Anwar berkata pihaknya juga terbuka mengenai siasatan itu jika ada pihak membangkitkan mengenai hal itu.



"Saya terbuka dan tiada masalah, tetapi kena faham undang-undang sekarang membolehkan derma kepada parti politik. Jadi kalau ada permasalahan atau kekhuatiran bahawa ada unsur rasuah dalam derma kepada parti PKR (Parti Keadilan Rakyat yang diketuainya), itu boleh dibangkitkan, saya tiada masalah bab itu.



"Apa yang dikaitkan dengan pendakwaan sebelum ini adalah terkait kontrak yang diberikan, (iaitu) individu yang menerima kontrak berkenaan sama ada memperoleh kontrak itu secara dikehendaki atau apa juga maksudnya, memasukkan dana ke dalam akaun syarikat milik individu berkenaan atau individu yang ada dalam parti terbabit," katanya.



Ketika ditanya apakah kerajaan bersedia melaksana pemisahan jawatan dan peranan pendakwa raya dan Peguam Negara bagi mengelakkan pertuduhan terpilih, Datuk Anwar berkata cadangan itu masih dalam kajian, namun ia agak rumit dan mengambil masa untuk dilaksana.



"Pada prinsipnya ramai setuju supaya dipisahkan, tetapi pada peringkat pelaksanaan kita akan teliti kerana ia akan memberi kesan kepada implikasi kewangan kerana ia dianggap tambahan hampir RM300 juta ($91 juta).



"Namun saya setuju ia bukanlah pertimbangan utama kerana ia untuk memastikan satu proses pendakwaan yang lebih telus dan bebas," katanya.



Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata Kerajaan Perpaduan tidak akan berkompromi atau campur tangan dalam proses pendakwaan membabitkan kes berprofil tinggi.



Menurutnya, setiap pendakwaan kes berprofil tinggi di mahkamah dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya secara profesional dan berintegriti.



"Setakat ini, tiada kompromi dari segi mutu pendakwaan yang dijalankan di mahkamah bagi kes berprofil tinggi.



"Oleh itu, adalah tidak benar untuk mengatakan terdapat campur tangan dalam perkara ini," katanya dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen pada Selasa.



Beliau menjawab soalan Encik Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) yang mahu mengetahui apakah jaminan kerajaan untuk tidak campur tangan dalam urusan mahkamah, terutama dalam kes mahkamah berprofil tinggi.



Mengulas lanjut, Datuk Azalina berkata setiap keputusan untuk mendakwa mana-mana individu yang dibuat oleh Peguam Negara adalah berdasarkan keterangan yang mencukupi dan mantap, selaras kuasa Pendakwa Raya yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >