Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar seru jayakan konsep M'sia Madani, basmi seleweng dana negara

Turut tekankan agar rakyat dibela tanpa kira kaum
Mar 12, 2023 | 05:30 AM



IPOH: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak terganggu dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan kononnya mendakwa tindakan membasmi ketirisan yang kini dilaksanakan Kerajaan Perpaduan sebagai bermotifkan politik.



Sebaliknya, Perdana Menteri Malaysia itu berkata, pembangunan nilai murni serta akhlak mesti terus ditekankan dalam menjayakan konsep Malaysia Madani yang sedang serius membasmi ketirisan serta penyelewengan wang negara.



Tanpa merujuk mana-mana pihak secara terperinci, Datuk Anwar berkata dana negara, negeri, serta bandar raya tidak boleh diizinkan untuk diambil secara haram bagi memperkayakan segelintir pihak, lapor Berita Harian Online.



Begitu juga, katanya tidak mungkin diizinkan tanpa kecuali bagi sesiapa untuk merasa bebas 'menggondol' hak dan dana rakyat serta merasakan diri mereka boleh terlepas.



"Saya tak peduli apa yang disebut dan ditohmahkan di luar ataupun dianggap ini (sebagai) satu tindakan politik. Percayalah, kita serius untuk bangkit dan pastikan perubahan ini berlaku.



"Ini boleh berlaku kalau jentera kerajaan dan rakyat bersama dengan kita di semua peringkat.



"Saya hendak pastikan hal ini tidak berlaku dan berilah kita kesempatan dalam Kerajaan Perpaduan ini untuk melaksanakan program untuk kita bersihkan negara daripada segala ketelanjuran perompak-perompak besar," katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Landskap Negara 2023 di Laman Sejahtera Taman D R Seenivasagam di sini, Sabtu.



Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berhadapan enam pertuduhan membabitkan empat kerana menggunakan kedudukan untuk mendapatkan rasuah RM232.5 juta ($69.24 juta) dan dua lagi pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.



Tan Sri Muhyiddin menganggap pendakwaan ke atasnya satu bentuk pemangsaan politik terancang dan turut mempersoalkan proses siasatan yang dilakukan ke atasnya.



Datuk Anwar berkata, beliau tidak mahu Malaysia sekadar menjadi contoh dan kebanggaan dari segi pencapaian pembangunan infrastruktur serta dianggap ikonik, namun kehidupan rakyatnya antara paling menderita.



Sebaliknya, beliau berkata pelaksanaan konsep Malaysia Madani mesti menitikberatkan keseimbangan komuniti dalam pembangunannya supaya pemacuan pertumbuhannya dirasai semua golongan secara seimbang antara rakyat kelas atasan mahupun rakyat di bawahan.



Katanya, langkah itu harus bermula daripada peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) setiap negeri dalam memastikan bahawa seluruh rakyat tanpa mengira kaum, diberi pembelaan dan hak mereka terpelihara.



"Takkanlah bila kita kenali Kuala Lumpur dengan menara berkembar dan Menara KL umpamanya atau dengan semua berimej besar, tetapi gerainya bobrok (usang) seperti usia sejak tahun 50an?



"Nampak seolah perancangan kita ini yang memihak kepada satu kelas sahaja. Saya tak mahu begitu.



"Sebab itu kita harus betulkan. Tidak terlalu lambat untuk dibetulkan. Untuk betulkan adalah supaya kita benar-benar berhasil menjaga nilai dan akhlak kita, jaga pendekatan yang lebih adil dan barulah kita dapat jadi contoh kepada manusia lain," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >