Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar setuju tidak perlu tukar DPM, Kabinet

Jun 22, 2019 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kelmarin bahawa beliau bersetuju dengan pendirian Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa tidak perlu menukar Timbalan Perdana Menteri (DPM) atau membuat sembarang perubahan Kabinet pada masa ini.



Datuk Anwar, yang dilihat secara luas oleh pengikutnya sebagai "perdana menteri menanti", berkata beliau membuat keputusan itu pada pertemuan singkat dengan Dr Mahathir di Putrajaya kelmarin sebelum perdana menteri itu berlepas ke Bangkok semalam.



"Dalam pertemuan itu saya menyatakan persetujuan terhadap pendiriannya untuk memberi tumpuan pada program pembangunan negara dan tidak memerlukan pertukaran DPM dan kabinet," kata Datuk Anwar dalam pos Facebook.



Keputusan Dr Mahathir itu boleh menjadi tamparan kepada penyokong Datuk Anwar kerana sebahagian mereka menggesa supaya beliau segera menggantikan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai DPM dan seterusnya mengambil alih jawatan Dr Mahathir.



Gabungan Pakatan Harapan (PH) bersetuju sebelum pilihan raya umum Mei tahun lalu, yang menyaksikan mereka mengambil alih kerajaan daripada gabungan Barisan Nasional (BN), agar Datuk Anwar menjadi perdana menteri selepas Dr Mahathir. Ini selepas Dr Mahathir memimpin negara itu selama dua tahun sekiranya PH memenangi pilihan raya.



Setahun sudah berlalu tetapi Dr Mahathir belum menetapkan tarikh menyerahkan kuasa, malah memberi petunjuk beliau mungkin terus berkhidmat selepas dua tahun.



Ini membuat beberapa penyokong Datuk Anwar mendorongnya mengambil alih jawatan DPM dulu.



Minggu lalu, kumpulan pendesak Otai Reformis 1998, yang diketahui umum merupakan penyokong Datuk Anwar, menggesa Dr Mahathir agar menyerahkan segera jawatannya kepada presiden PKR itu.



Pengerusinya, Dr Idris Ahmad, berkata ketidaktentuan peralihan kuasa telah menjadi polemik dalam kalangan rakyat, malah boleh menjejas kepercayaan pelabur asing.



Dalam pos Facebook, Datuk Anwar juga berkata skandal video seks luar tabii yang dikatakan melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali juga timbul dalam pertemuannya dengan Dr Mahathir.



"Kami turut membincangkan isu video lucah di mana saya mengulangi pendirian bahawa Keadilan menolak budaya politik jijik dan keji serta turut melahirkan simpati terhadap Azmin Ali dan keluarga.



"Membincangkan lebih lanjut, saya menegaskan wujudnya unsur politik terkait isu ini, maka tidak wajar memfitnah sesiapa yang menyebarkannya tanpa asas," ujarnya.



Skandal itu tercetus minggu lalu apabila pemimpin sayap pemuda PKR, Angkatan Muda Keadilan (AMK), Encik Haziq Abdullah Abdul Aziz (laporan sisipan), mengaku beliau salah seorang daripada dua lelaki dalam klip video tersebut.



Beliau turut menuduh bahawa Datuk Azmin lelaki yang seorang lagi dalam video berkenaan.



Menteri itu dengan tegas menafikan dakwaan tersebut dan berkata usaha tersebut sebahagian rancangan 'jahat' oleh 'orang dalam' PKR menghancurkan kerjaya politiknya.



Ada pihak membayangkan bahawa rancangan itu dilakukan pasukan pro-Anwar dalam PKR, termasuk Encik Rafizi Ramli, yang dilantik sebagai naib presiden parti walaupun kalah kepada Datuk Azmin dalam persaingan sengit.



Datuk Azmin juga menggesa PKR agar memecat Encik Haziq dengan segera.



Lembaga disiplin parti sudah mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Encik Haziq dan memberinya tempoh dua minggu untuk menjawab.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >