Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar umum Kabinet baru M'sia; lantik dua timbalan PM

Zahid, Fadillah dilantik timbalan perdana menteri; Anwar juga akan jawat Menteri Kewangan
Dec 03, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam mengumumkan barisan Kabinet baru negara itu dengan dua jawatan timbalan perdana menteri daripada blok parti berlainan - sebagai lambang Kerajaan Perpaduan.



Dua timbalan perdana menteri itu adalah Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; dan pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof.



Datuk Anwar sendiri akan menjawat Menteri Kewangan.



Selain itu, Encik Anthony Loke akan menjawat Menteri Pengangkutan; Encik Rafizi Ramli menjadi Menteri Ekonomi; Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Menteri Pertahanan; dan Encik Mohamad Sabu dilantik Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.



Mengumumkan penamaan Kabinet baru itu secara langsung di Perdana Putra melalui pelbagai platform media sekitar 8.15 malam tadi, Datuk Anwar berkata senarai penuh barisan Kabinet itu telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pagi semalam untuk diperkenan Tuanku.



Beliau berkata Kerajaan Perpaduan pimpinannya itu telah mendapat sokongan rasmi mencecah dua pertiga Anggota Parlimen (AP) termasuk daripada parti Warisan dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).



Beliau menambah, mandat itu memberi keyakinan untuk membentuk barisan menteri yang padu dan bekerjasama dalam satu pasukan untuk memacu ekonomi negara dan menangani permasalahan rakyat.



Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata gabungan Kabinet kali ini mencipta sejarah apabila buat kali pertama Pakatan Harapan (PH) dan BN bekerjasama bagi membentuk kerajaan.



"Sudah pasti kerjasama julung kali ini mahu memberi tawaran dan pilihan terbaik kepada rakyat bagi memberi kesan besar terhadap keyakinan rakyat kepada kerajaan baru ini," katanya kepada Berita Harian (BH).



Jemaah menteri yang diumumkan malam tadi dijadual mengangkat sumpah hari ini.



Dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) lalu, PH menang 82 kerusi Parlimen sementara Perikatan Nasional (PN) meraih 73 kerusi - kededuanya tidak cukup mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.



BN pula menang 30 kerusi, sedang GPS 23 kerusi, dengan beberapa parti lain memenangi baki kerusi lain.



Yang di-Pertuan Agong kemudian bertemu dengan pemimpin tertinggi PH dan PN dan menyarankan pembentukan Kerajaan Perpaduan. Datuk Anwar menyetujuinya sementara pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin, menolaknya.



Yang di-Pertuan Agong kemudian bertemu pemimpin BN dan GPS serta mengadakan mesyuarat khas dengan Raja-Raja Melayu, dan akhirnya membuat keputusan melantik Datuk Anwar sebagai PM Malaysia ke-10.



Laporan lanjut: Analisis Berita: Anwar harus kekalkan momentum wujud perubahan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >