Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

AP M’sia, Abdul Azeez, lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram

Sep 23, 2022 | 06:11 PM

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen pada Jumaat (23 Sep)  melepas tanpa membebaskan Anggota Parlimen (AP) Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, daripada tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah.

Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Encik Aslinda Ahad, supaya Datuk Abdul Azeez dilepas tanpa dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Acara Jenayah dengan alasan representasi dikemukakan tertuduh dipertimbangkan  pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.

Hakim Azura berkata mahkamah membuat perintah dilepas tanpa dibebaskan di bawah Seksyen 254 (3) Kanun Acara Jenayah selepas berpuas hati alasan yang dikemukakan pihak pendakwaan kukuh dan memuaskan.

Datuk Abdul Azeez, 55 tahun, didakwa atas tiga tuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta ($1.62 juta) dan enam pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM972,414.60 berhubung projek jalan raya di Perak serta Kedah.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di lima bank di ibu kota  antara 6 September 2010 hingga 10 April 2018. – BHM.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3