Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AP M’sia bakal diwajib isytihar harta

Tadbir urus baik Kerajaan Perpaduan jayakan sasaran M’sia capai hasil negara RM238 bilion
Jan 09, 2024 | 03:38 PM



PETALING JAYA: Dalam usaha memastikan tadbir urus dan tatakelola baik dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan selain mencegah amalan rasuah, Putrajaya bersedia menguatkuasakan semula pengisytiharan aset bagi Ahli Parlimen (AP) dan ahli pentadbiran tidak lama lagi, dengan format baru.


Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan pada 8 Januari, berkata ini selaras dengan misi Kerajaan Perpaduan untuk menggalak ketelusan dan meningkatkan integriti dalam pentadbiran awam.

Keputusan mahu memperkenalkan semula pengisytiharan aset itu dibuat susulan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tadbir Negara (JKKTN) pada 8 Januari.

“Melalui Unit Pantau Madani, pemantauan Badan Berkanun Persekutuan akan dilaksanakan secara berkesan melalui pemerkasaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara dan Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (Pacu).

“Pelaksanaan garis panduan ini adalah keutamaan untuk menyokong agenda Madani melalui pemerkasaan badan berkanun.

“Selaras dengan prinsip ketelusan, JKKTN turut membincangkan format baru pengisytiharan aset oleh anggota pentadbiran dan Ahli Parlimen untuk dikuatkuasakan semula.

“Format baru ini akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu, lapor The Star pada 9 Januari.


Pengisytiharan aset AP dan menteri kali pertama diperkenalkan ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

Semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022, AP Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengisytiharkan harta mereka secara terbuka di laman web, dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sendiri mengisytiharkan aset bersih bernilai RM11.18 juta ($3.2 juta).

PMO berkata tadbir urus yang baik mesti menjadi bahagian penting badan berkanun kerana ia memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara, selain peranan mereka untuk menyokong pelaksanaan strategi oleh agensi dan jabatan kerajaan.

Justeru, katanya kerajaan memutuskan untuk memperkasa proses pelantikan pengerusi dan ahli lembaga badan berkanun berdasarkan kriteria telus.

Ini termasuk mewajibkan proses penilaian yang betul melalui semakan integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Insolvensi dan saringan polis.

“Ia juga bagi memperkukuh struktur dan komposisi keanggotaan lembaga pengarah dengan mewajibkan penglibatan ICU terutama dengan badan berkanun yang menerima peruntukan Rancangan Malaysia Lima Tahun,” kata kenyataan itu.

Datuk Anwar ketika berucap pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di Putrajaya pada 9 Januari mengisytiharkan hasil negara mencapai unjurannya pada 2023 dengan kira-kira RM238 bilion ($68.1 bilion) diperoleh kerajaan.

Beliau berkata angka lebih baik itu diperoleh hasil kutipan masing-masing RM183 bilion oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta RM55 bilion menerusi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >