Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Lagi AP pembangkang sokong Anwar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Lagi AP pembangkang sokong Anwar

Nov 28, 2023 | 05:01 PM



Dewan Rakyat Malaysia gamat apabila seorang lagi Ahli Parlimen (AP) pembangkang mengisytiharkan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengumuman terbuka itu dibuat AP Bukit Gantang daripada Perikatan Nasional (PN), Datuk Syed Abu Hussin Syed Abdul Fasal, yang pada mulanya bertanyakan soalan pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri pada Selasa.

Beliau AP kelima daripada Bersatu menyatakan sokongan kepada kepimpinan Datuk Anwar, selepas Encik Zahari Kechik (Jeli), Encik Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Soalan beliau meminta Datuk Anwar menyatakan apakah maksud dan harapan kerajaan melaksana konsep Kerajaan Madani dalam menggalak perpaduan dalam kalangan AP untuk membangunkan negara secara bersama.

Datuk Anwar, yang juga AP Tambun, menjawab beliau sedari awal mengajak semua pihak meningkatkan muafakat dan mengetepikan perbezaan agar tumpuan boleh diberi kepada pembangunan negara.

“Walaupun ada pihak kerajaan dan pembangkang, itu tidak menghalang kita untuk memberi perhatian dan memusatkan perhatian dan usaha untuk mencari penyelesaian masalah negara. Saya alu-alukan supaya kerjasama ini diteruskan supaya kita boleh tumpu membangunkan ekonomi negara dan Parlimen menjadi institusi penting untuk kita beri perhatian,” katanya.

Datuk Syed Abu Hussin kemudian mengajak dua mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) dan Datuk Seri Ismail Sabri (BN-Bera), bersama AP pembangkang lain memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan, sebelum secara terbuka mengisytiharkan sokongan kepada Datuk Anwar.

“Dalam keadaan politik negara tidak stabil ini, bagaimana kerajaan hendak menguruskan ekonomi, harga barang terus naik, kos sara hidup makin tinggi. Oleh itu, demi negara yang tercinta, saya meminta Tambun, Pagoh dan Bera, buanglah yang keruh ambil yang jernih.

“... Dengan ini, Bukit Gantang mengisytiharkan menyokong Tambun sebagai Perdana Menteri ke-10 dan gagasan Kerajaan Madani,” katanya, yang disambut tepukan gemuruh AP kerajaan.

Pada 9 November, Datuk Syed Abu Hussin ketika membahaskan Belanjawan 2024 berkata beliau akan memberi sokongan kepada Kerajaan Madani jika permohonan peruntukan RM30 juta ($8.58 juta) di bawah belanjawan itu kepada kawasan Parlimennya diluluskan.

Datuk Anwar menyahut sokongan AP Bukit Gantang dengan menyatakan kerajaan tidak sesekali menggunakan perbezaan politik untuk menindas pemimpin parti pembangkang., malah ia dibuktikan dengan membawa wakil pembangkang dalam lawatan kerja luar negara bersama kerajaan.


Beliau berkata kerajaan juga tidak pernah menghalang peruntukan disalur kepada AP pembangkang atau meletak syarat ketat, termasuk wajib menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

“Syarat itu perlu dirunding dahulu, saya juga tidak berikan syarat atau prasyarat untuk sokong Perdana Menteri (PM). Boleh dikeluarkan syarat itu, tak perlu ada syarat menyokong PM,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >