AP Narathiwat jadi sasaran tembakan di kediaman, dua pengawal cedera

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AP Narathiwat jadi sasaran tembakan di kediaman, dua pengawal cedera

Mar 20, 2026 | 2:29 PM

AP Narathiwat jadi sasaran tembakan di kediaman, dua pengawal cedera

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Narathiwat, Kamolsak Leewamo ditembak di kediamannya awal pagi tadi, sejurus beliau pulang dari sidang Parlimen di Bangkok pada Khamis. - Gambar Polis Diraja Thailand
Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Narathiwat, Kamolsak Leewamo ditembak di kediamannya awal pagi tadi, sejurus beliau pulang dari sidang Parlimen di Bangkok pada Khamis. - Gambar Polis Diraja Thailand - Foto Gambar Polis Diraja Thailand

NARATHIWAT: Sebuah kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Narathiwat, Kamolsak Leewamo, ditembak di hadapan kediamannya awal pagi 20 Mac, sejurus beliau pulang daripada menghadiri sesi Parlimen di Bangkok.

Ketua Polis Bacho, Wisan Rakmak, berkata Encik Kamolsak terselamat tanpa sebarang kecederaan dalam insiden tersebut. Namun, dua pengiring keselamatannya cedera dan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, lapor Bernama.

Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 pagi ketika Encik Kamolsak tiba di kediamannya selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai, susulan menghadiri undian Parlimen bagi memilih perdana menteri baharu di Bangkok.

“Empat lelaki dipercayai telah menunggu di luar kediaman sebelum melepaskan tembakan ke arah kenderaan rasmi beliau,” kata Encik Wisan kepada pemberita. Beliau berkata demikian selepas meninjau lokasi kejadian pada pagi 20 Mac.

Siasatan awal mendapati suspek melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih sejurus selepas serangan dilakukan.

Encik Wisan berkata pihak polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan suspek, dan keterangan daripada mangsa akan diambil dalam masa terdekat. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg