Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AP Pakatan Harapan di Johor meninggal dunia; pilihan raya kecil mungkin diadakan

Sep 22, 2019 | 04:49 PM



CYBERJAYA - Agensi berita Malaysia telah melaporkan bahawa Anggota Parlimen, Allahyarham Datuk Md Farid Md Rafik, berusia 43 tahun, yang bekerjasama dengan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad, telah meninggal dunia semalam (21 Sept).



Beliau, yang juga seorang Timbalan Menteri dari Johor di bawah Jabatan Perdana Menteri meninggal dunia akibat serangan jantung. Oleh itu, sebuah pilihan raya kecil mungkin  diadakan tidak lama lagi di mana parti pemerintah Malaysia, Pakatan Harapan (PH) mungkin akan bersaing dengan perikatan Umno-PAS yang baru.



Menurut akhbar The Star, Datuk Farid, yang dahulunya bekerja sebagai seorang doktor, telah memenangi Pilihan Raya 2018 sebagai calon PH bagi daerah Tanjung Piai, Johor, dalam satu persaingan tiga-penjuru menentang Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh UMNO, dan Parti Islam SeMalaysia (PAS).



Sebelum ini, Tanjung Pilai merupakan kubu kuat BN tetapi beliau berjaya mengalahkan parti tersebut.



Allahyarham mewakil parti pimpinan Dr Mahathir, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.



Namun dalam satu perjanjian rasmi untuk bekerjasama oleh BN dan PAS baru-baru ini, PH kini harus bersedia menghadapi saingan agresif daripada perikatan BN-PAS apabila pilihan raya kecil mungkin diumumkan dalam beberapa minggu akan datang. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >