Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

‘AP pembangkang diugut sokong kerajaan’

Oct 13, 2023 | 02:40 PM



KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) mendakwa Ahli Parlimen (AP) Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, diugut supaya menyokong kerajaan Malaysia dan jika enggan, beliau akan didakwa atas kesalahan rasuah.


Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, mendakwa tindakan menakut-nakutkan Datuk Iskandar Dzulkarnain itu dipercayai bertujuan mendapatkan sokongan supaya kerajaan Madani kembali memperoleh sokongan dua pertiga majoriti di Parlimen.

Datuk Hamzah mendakwa, pada 1 Oktober lalu, Datuk Iskandar Dzulkarnain dibawa untuk bertemu seorang pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah hotel di Damansara dan diugut akan didakwa atas kesalahan rasuah jika enggan menandatangani kenyataan media yang disediakan lebih awal untuk menyokong kerajaan.

“Sebelum itu, pada 26 September 2023, AP Kuala Kangsar juga didatangi seorang taikun perniagaan bergelar Tan Sri, yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di sebuah lokasi sekitar Damansara.

“Beliau ditekan dan didesak untuk menyokong Perdana Menteri serta dijanjikan habuan wang ringgit dan kedudukan dalam beberapa syarikat.

“PN mengutuk keras tindakan Kerajaan Madani yang berterusan menyalahgunakan kuasa bagi melakukan intimidasi dan ugutan terhadap pemimpin pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat, lapor Berita Harian Malaysia.


Pada Khamis, Datuk Iskandar Dzulkarnain dalam satu kenyataan, memutuskan untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya.

Datuk Hamzah yang juga Ketua Pembangkang mendakwa, dalam pertemuan dengan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Iskandar Dzulkarnain kelihatan amat tertekan akibat tindakan menakut-nakutkan yang dibuat ke atasnya.

Pada masa sama, Datuk Hamzah berkata PN kesal dengan kenyataan media didakwa dibuat Datuk Iskandar Dzulkarnain secara terburu-buru dengan menggunakan hujah peruntukan pembangunan sebagai alasan amat berbeza dengan penjelasan diberi kepada beberapa pemimpin parti.

Beliau berkata mesyuarat Biro Politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka memanggil Datuk Iskandar Dzulkarnain bagi mendapatkan penjelasan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >