Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AP pembangkang M’sia tetap hadiri Parlimen walau sidang ditangguh

Aug 01, 2021 | 09:01 PM



 



 



 



Semua perhatian akan tertumpu kepada Parlimen Malaysia esok (2 Ogos) selepas penggubal dasar dari pihak pembangkang berkeras akan hadir di Dewan Rakyat meskipun persidangan khas telah ditangguh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 



 



Pihak pembangkang telah menyifatkan penangguhan kepada tarikh yang belum ditentukan, sebagai sesuatu yang tidak masuk akal. 



 



“Anggota Parlimen (AP) pembangkang dari Parti Tindakan Demokratik (DAP),  Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara akan ke Parlimen esok,” kata anggota DAP, Teo Nie Ching sambil merujuk kepada parti komponen bagi perikatan Pakatan Harapan (PH). 



 



Menurut setiausaha agung DAP, Encik Lim Guan Eng dalam satu surat kepada laman web berita, Malaysiakini pada Ahad (1 Ogos), adalah jelas Perdana Menteri bimbang Parlimen akan membahaskan kenyataan awam Yang di-Pertuan Agong dan majoriti AP akan menyokong penuh beliau.  



 



Langkah itu diambil di tengah-tengah ketegangan di antara Tan Sri Muhyiddin dan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berhubung keputusan kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat sebelum dibahaskan di Parlimen sebagaimana yang diarahkan Agong. 



 



Sidang itu telah dibatalkan selepas 11 kes Covid-19 dikesan dalam kalangan AP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >