Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AP sokong Muhyiddin jadi PM dimaaf, tapi dipantau: Zahid

Jan 13, 2023 | 03:57 PM



KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau telah “memaafkan” ahli parlimen (AP) parti itu yang menyokong ketua parti pesaing, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjadi perdana menteri tanpa persetujuannya selepas pilihan raya umum November lalu.


Di tengah-tengah gesaan supaya tindakan diambil terhadap “pengkhianat” dalam bekas parti pemerintah itu, Datuk Zahid berkata insiden itu adalah perkara masa lalu, dan individu itu kini menyokong teguh kerajaan semasa pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut melibatkan gabungan Barisan Nasional (BN), yang dipimpin Umno.


“Saya telah memaafkan apa yang telah berlaku, tetapi lembaga disiplin memantau pendirian mereka masa kini dan apakah ada sebarang langkah baru,” kata Datuk Zahid kepada media di luar perhimpunan agung parti itu yang sedang berlangsung.


Dalam Parlimen yang tergantung selepas pilihan raya itu, 10 AP BN menyokong Tan Sri Muhyiddin menjadi perdana menteri, walaupun Datuk Zahid mendakwa beliau mempunyai mandat AP BN untuk memutuskan dengan siapa gabungan itu akan bekerjasama untuk membentuk kerajaan.


Tan Sri Muhyiddin adalah ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sebuah parti serpihan Umno.

Datuk Zahid menamakan 10 AP berkenaan – enam daripada Umno – semasa taklimat tertutup kepada lebih 3,000 perwakilan parti pada permulaan perhimpunan agung itu. - ST.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >