Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

AP Umno yang sokong Muhyiddin jadi PM dimaaf: Zahid

Individu terbabit kini sokong kerajaan pimpinan Anwar, tapi akan dipantau
Jan 14, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau telah "memaafkan" ahli parlimen (AP) parti itu yang menyokong ketua parti pesaing Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri tanpa persetujuannya selepas pilihan raya umum November lalu.



Di tengah-tengah gesaan supaya tindakan diambil terhadap "pengkhianat" dalam bekas parti pemerintah itu, Datuk Ahmad Zahid berkata insiden itu adalah perkara masa lalu, dan individu itu kini menyokong teguh kerajaan semasa pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut melibatkan gabungan Barisan Nasional (BN), yang dipimpin Umno.



"Saya telah memaafkan apa yang telah berlaku, tetapi lembaga disiplin memantau pendirian mereka masa kini dan apakah ada sebarang langkah baru," kata Datuk Ahmad Zahid kepada media di luar perhimpunan agung parti itu yang sedang berlangsung.



Dalam Parlimen yang tergantung selepas pilihan raya itu, 10 AP BN menyokong Tan Sri Muhyiddin menjadi perdana menteri, walaupun Datuk Ahmad Zahid mendakwa beliau mempunyai mandat ahli parlimen BN untuk memutuskan dengan siapa gabungan itu akan bekerjasama untuk membentuk kerajaan.



Tan Sri Muhyiddin ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sebuah parti serpihan Umno.



Kelmarin, Datuk Ahmad Zahid menamakan 10 AP berkenaan - enam daripada Umno - semasa taklimat tertutup kepada lebih 3,000 perwakilan parti pada permulaan perhimpunan agung itu.



Antara enam pemimpin utama yang dinamakan ialah Datuk Seri Hishamuddin Hussein, bekas menteri pertahanan yang juga bekas naib presiden Umno, dan mantan menteri besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.



Yang lain termasuk AP dari Johor and Negeri Sembilan.



Sayap Pemuda dan Puteri Umno pada perhimpunan masing-masing kelmarin menggesa tindakan diambil terhadap "pengkhianat" dalam parti, tanpa menamakan sesiapa.



Tindakan 10 AP itu menggambarkan perpecahan lama dalam Umno, antara kem yang diketuai Datuk Ahmad Zahid dan yang dilihat lebih berpihak kepada Tan Sri Muhyiddin.



Dalam apa yang Datuk Ahmad Zahid gelarkan sebagai "Langkah St Regis", Tan Sri Muhyiddin dan beberapa pemimpin Umno tertentu bertemu untuk mengadakan rundingan di sebuah hotel di Kuala Lumpur, lima hari selepas pilihan raya umum itu.



Pada masa itu, Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Anwar - masing-masing mengetuai gabungan terbesar di Parlimen tetapi tidak mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan - bersaing untuk menjadi perdana menteri.



AP BN itu akhirnya menarik balik sokongan mereka kepada Tan Sri Muhyiddin, dan Datuk Ahmad Zahid mengemudi BN ke arah kerjasama dengan seteru lama Pakatan Harapan (PH) untuk membantu Datuk Anwar - yang selama ini dianggap musuh Umno - menjadi perdana menteri.



Ini menjamin tempat Umno dalam kerajaan persekutuan walaupun ia hanya memenangi 26 kerusi pada pilihan raya itu.Datuk Ahmad Zahid kemudian dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.



Pada masa sama, Datuk Ahmad Zahid dipersalahkan bagi pencapaian terburuk Umno dalam sejarah dalam pilihan raya umum.



Beliau dijangka menghadapi cabaran kepimpinan daripada kem lawan dalam beberapa bulan akan datang menjelang pemilihan parti itu, yang mesti diadakan selewat-lewatnya pada 19 Mei.



Perhimpunan agung yang sedang berlangsung dan pemilihan parti itu dijangka muncul sebagai kayu pengukur penerimaan akar umbi Umno terhadap hubungan kerja parti tersebut dengan PH.



Ketua sayap Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki - sekutu kuat Datuk Ahmad Zahid - kelmarin mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti. Langkah itu berpotensi menguji lagi sokongan buat Datuk Ahmad Zahid dalam parti itu.



Sementara itu, perbicaraan Datuk Ahmad Zahid berkaitan 47 pertuduhan rasuah membabitkan RM31 juta ($9.5 juta) disambung semula Isnin ini. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >