Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Apple akan henti keluar iPod

May 12, 2022 | 05:30 AM



SAN FRANCISCO: Apple akan menghentikan pengeluaran iPod setelah lebih 20 tahun alat tersebut menjadi 'wajah' muzik mudah alih dan memulakan evolusinya yang begitu cepat dalam syarikat terbesar dunia itu.



iPod Touch, satu-satunya versi pemain muzik mudah alih itu yang masih dijual, boleh didapati sehingga bekalan habis, menurut Apple dalam satu pos dalam talian kelmarin.



Sejak pelancarannya pada 2001, iPod bersaing dengan pemain muzik lain sebelum ditenggelami telefon bijak, penstriman muzik dalam talian mahupun dalam kumpulan Apple, dengan kemunculan iPhone.



iPod telah menjalani beberapa perubahan sejak ia diperkenalkan dengan ciri-ciri menatal (menggerakkan paparan teks pada skrin paparan), kapasiti untuk menyimpan 1,000 lagu dan jangka hayat bateri selama 10 jam.



Versi yang bertahan sehingga kini - iPod Touch - dilancarkan pada 2007, tahun yang sama dengan pelancaran iPhone.



Apple telah berhenti melaporkan penjualan iPod pada 2015. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >