DUBAI (Reuters) - Arab Saudi telah mengerahkan 30,000 askarnya ke sempadan negara itu bersama Iraq, kata stesen televisyen al-Arabiya milik Saudi hari ini.
Pengeksport utama minyak dunia itu mengongsi sempadan sepanjang 800 kilometer bersama Iraq, yang kini dilanda peperangan melibatkan kumpulan-kumpulan militan Sunni Muslim yang menawan bandar-bandar negara itu bulan lalu.
Raja Abdullah telah mengerahkan semua langkah-langkah yang perlu untuk melindungi negara tersebut daripada "ancaman pengganas", lapor agensi berita negara SPA.
Stesen al-Arabiya yang berpusat di Dubai berkata dalam laman webnya, bahawa askar-askar Saudi dikerahkan ke sempadan selepas pemerintah Iraq meninggalkan kedudukan mereka menyebabkan sempadan Saudi dan Syria bersama Iraq tidak dilindungi.
Saluran satelit itu berkata, ia telah mendapatkan sebuah video yang menunjukkan 2,500 askar Iraq berada di sebuah kawasan padang pasir di timur bandar Karbala selepas meninggal sempadan.
Seorang pegawai di video tersebut yang disiarkan al-Arabiya berkata, askar-askar telah diarah supaya meninggal kedudukan mereka tanpa sebab.
Namun, kesahihan rakaman video tidak pula segera disahkan.