Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Arab Saudi rancang labur AS$40b dalam AI

Mar 20, 2024 | 12:50 PM
Kerajaan Arab Saudi dikatakan mempunyai “kesungguhan politik” untuk menjayakan projek kecerdasan buatan (AI) dan dana yang mencukupi yang boleh digunakan untuk memupuk pembangunan teknologi itu.
Kerajaan Arab Saudi dikatakan mempunyai “kesungguhan politik” untuk menjayakan projek kecerdasan buatan (AI) dan dana yang mencukupi yang boleh digunakan untuk memupuk pembangunan teknologi itu. - Foto REUTERS

NEW YORK: Kerajaan Arab Saudi merancang mewujudkan dana kira-kira AS$40 bilion ($53.7 bilion) untuk melabur dalam kecerdasan buatan (AI), lapor New York Times pada 19 Mac, memetik tiga orang yang diberi taklimat mengenai rancangan itu.

Wakil Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi telah membincangkan potensi perkongsian dengan firma permodalan Amerika Syarikat, Andreessen Horowitz dan pembiaya lain, dalam beberapa minggu kebelakangan ini, lapor akhbar tersebut.

Andreessen Horowitz dan gabenor PIF, Encik Yasir Al-Rumayyan telah membincangkan kemungkinan firma Amerika itu menubuhkan pejabat di Riyadh, menurut laporan itu.

Pegawai PIF juga membincangkan peranan yang boleh dimainkan Andreessen Horowitz dan bagaimana dana sedemikian akan berfungsi, kata akhbar itu, sambil menambah rancangan itu masih boleh berubah.

Pemodal lain mungkin mengambil bahagian dalam dana AI kerajaan Arab Saudi ini, yang dijangka bermula pada separuh kedua 2024, kata akhbar itu.

Wakil Saudi memberitahu kepada rakan kongsi berpotensi, bahawa negara itu berminat untuk menyokong pelbagai syarikat permulaan teknologi yang dikaitkan dengan AI, termasuk pembuat cip dan pusat data berskala besar, tambah laporan tersebut.

PIF dan Andreessen Horowitz tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk mendapatkan ulasan mengenai perkara itu.

Pada Februari, Encik Al-Rumayyan meletakkan kerajaan Arab Saudi itu sebagai hab prospektif untuk kegiatan AI di luar Amerika, memetik sumber tenaga dan kapasiti pembiayaannya.

Encik Al-Rumayyan berkata kerajaan Arab Saudi mempunyai “kesungguhan politik” untuk menjayakan projek AI dan dana yang mencukupi yang boleh digunakan untuk memupuk pembangunan teknologi. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg