Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Arah kerja di rumah, tubuh pasukan petugas, usaha Jakarta tangani udara tercemar

Aug 18, 2023 | 02:16 PM



JAKARTA: Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif merangkap Menteri Tenaga dan Sumber Mineral, Encik Sandiaga Uno, mengakui mutu udara di sekitar Jakarta, Bogor, Tangerang dan Bekasi (Jabodetabek) semakin buruk.


“Memang mutu udara di Jabodetabek semakin membimbangkan terutama disebabkan oleh beberapa fenomena iaitu pengangkutan, industri dan juga cuaca.

“Tetapi kami telah mengumumkan bahawa Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif akan bergerak pantas untuk menangani masalah ini,” kata Encik Sandiaga dalam sesi Taklimat Mingguan Bersama Sandi Uno di Jakarta.


Beliau berkata pihaknya akan memberi arahan terus kepada pekerja di Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif untuk melaksanakan semula skim kerja dari rumah (WFH) dan merayu supaya mereka menggunakan pengangkutan awam dalam kegiatan harian bagi mengurangkan pencemaran udara.

Menurutnya, beliau sendiri tidak akan menggunakan keretanya meskipun ia adalah kenderaan elektrik.

“Dan saya akan mula menaiki pengangkutan awam dan berlari ke pejabat sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan pencemaran di Indonesia,” katanya.

Encik Sandiaga juga berkata, penentuan skim WFH bagi kakitangan Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif akan ditentukan dalam tempoh satu hingga dua minggu akan datang.

Antrara lain mereka perlu bekerja empat hari di rumah dan sehari di pejabat.

Sementara itu, dalam jangka masa panjang, beliau berkata perlu ada peningkatan dalam kawasan lapangan hijau, penukaran daripada industri yang tidak menggunakan tenaga mesra alam dan beberapa destinasi pelancongan utama akan diarahkan memanfaatkan kuasa elektrik.

“Saya sendiri berasakan pencemaran kerana saya berlari pada waktu pagi. Kita harus berusaha mewujudkan mutu udara yang baik kerana itu yang dilihat oleh para pelancong ke negara kita,” tambahnya.

Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia pula akan menubuhkan pasukan petugas untuk mengawal serta mengawasi pencemaran udara yang semakin buruk di Jabodetabek.

Ketua Setiausahanya, Encik Bambang Hendroyono, berkata perancangan membentuk pasukan petugas terbabit dibuat selepas Menterinya, Cik Siti Nurbaya Bakar, mengadakan mesyuarat dengan pegawai kementerian itu bagi menggariskan langkah mengawal pencemaran udara.

“Satu daripada tindakan yang bakal diambil ialah menubuhkan sebuah pasukan petugas di Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan, dikenali sebagai Pasukan Petugas untuk Kawalan dan Pengawasan Pencemaran Udara di Kawasan Jabodetabek,” katanya pada sidang media, sebagaimana dilaporkan antaranews.com.


Ketua Pengarah Kawalan Degradasi Alam Sekitar dan Pencemaran kementerian berkenaan, Encik Sigit Reliantoro, berkata pembentukan pasukan petugas terbabit juga selaras arahan Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo supaya pemantauan dilakukan terhadap loji jana kuasa yang menggunakan bahan api fosil serta loji jana kuasa wap (PLTU).

Jakarta secara konsisten berada dalam kalangan 10 bandar teratas sejak Mei, tetapi kemunculannya di tangga paling teratas kali ini telah mendorong pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sejak beberapa hari lalu berikutan bantahan orang ramai.


Encik Widodo, yang lebih dikenali dengan panggilan Jokowi, mengadakan pertemuan dengan beberapa menteri dan pemimpin wilayah pada Isnin, dengan menyatakan bahawa udara di Jakarta termasuk dalam kategori “tidak sihat”.


Pembakaran terbuka merujuk pembakaran bahan buangan secara meluas sehingga menyebabkan pelepasan gas cemar, serta kegiatan perindustrian yang tidak menguruskan pelepasan gas cemar dengan betul.


Pasukan petugas itu juga akan menggariskan beberapa sekatan, daripada yang bersifat pentadbiran bagi tujuan pembetulan sehinggalah kepada tindakan berdasarkan undang-undang sivil dan jenayah. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >