Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jakarta dilanda jerebu, pihak berkuasa gegas tingkat mutu udara

Aug 16, 2023 | 08:15 PM



JAKARTA: Bagi ramai penduduk di Jakarta, mereka masih berasa seperti sedang memerangi pandemik Covid-19 apabila meninggalkan rumah dengan memakai pelitup N95.


Walaupun pelitup mungkin terbukti tidak sesuai, tidak memakai pelitup membawa risiko terdedah kepada bahan berbahaya di udara, memandangkan bandar itu seminggu lalu telah dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia.

“Jika saya tidak memakai pelitup, saya mungkin jatuh sakit kerana udara. Saya kini tidak meninggalkan rumah tanpanya, kerana walaupun pencemaran udara teruk, kami masih perlu terus bekerja,” kata Encik Kajen, seorang pemandu berusia 20-an tahun yang, seperti ramai rakyat Indonesia, menggunakan satu nama.

Pihak berkuasa di ibu negara Indonesia telah mempertingkatkan usaha untuk mengurangkan pelepasan daripada kenderaan dengan cepat selepas data oleh syarikat teknologi kualiti udara Switzerland IQAir berkata Jakarta mendahului senarai sebagai bandar paling tercemar di dunia pada 9 Ogos, menurut laporan The Straits Times.


Jakarta secara konsisten berada dalam kalangan 10 bandar teratas sejak Mei, tetapi kemunculannya di tangga paling teratas telah mendorong pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sejak beberapa hari lalu berikutan bantahan oleh orang ramai.

Presiden Joko Widodo, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, mengadakan pertemuan dengan beberapa menteri dan pemimpin wilayah pada Isnin, dengan menyatakan bahawa udara di Jakarta termasuk dalam kategori “tidak sihat”.

Indeks Kualiti Udara (AQI) bandar, ukuran standard bahan tidak sihat di udara, mencapai angka lebih daripada 140 dalam dua minggu lalu. Angka AQI 101 hingga 150 dianggap tidak sihat untuk golongan sensitif, manakala angka bermula 150 hingga 200 dianggap tidak sihat.

Encik Jokowi menyatakan bahawa kualiti udara yang buruk adalah disebabkan oleh musim kemarau yang berpanjangan, yang telah memburukkan lagi kesan yang dibawa oleh pelepasan daripada kenderaan dan industri.

Jakarta dikenali sebagai bandar yang mempunyai beberapa keadaan lalu lintas yang paling teruk di dunia, dan peningkatan jumlah kenderaan, ditambah dengan infrastruktur awam yang tidak mencukupi, mengakibatkan kesesakan yang boleh bertahan selama berjam lamanya.

Menurut statistik, bilangan kenderaan di bandar itu meningkat daripada 18.7 juta pada 2018 kepada lebih 21.7 juta pada 2021.

Susulan mesyuarat Isnin, pemangku gabenor Jakarta, Encik Heru Budi Hartono, berkata beliau akan memperkenalkan semula kerja dari rumah untuk antara 40 peratus dengan 50 peratus pegawai bandar raya itu. Bandar itu menggajikan kira-kira 200,000 orang, dengan kira-kira 60,000 daripadanya adalah penjawat awam.

Beliau juga berkata bahawa Jakarta akan memantau dengan lebih teliti standard bangunan alam sekitar dan menasihati pemilik kereta dengan kapasiti enjin yang lebih besar untuk menggunakan bahan api mesra alam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >