Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Artifek purba Aztec dipamer muzium Mexico

Sep 30, 2023 | 01:06 PM



MEXICO CITY: Sebuah pameran muzium yang memaparkan persembahan ritual Aztec yang digali dari bawah pusat bandar Mexico City dibuka pada Jumaat dalam satu pameran yang julung kali diadakan untuk menawarkan secebis gambaran mengenai amalan keagamaan dan seni pra-Hispanik.


Artifak itu, semuanya diperbuat daripada kayu, termasuk topeng yang diukir halus, tongkat berukir yang dipercayai digunakan semasa zaman purba dan senjata yang dikebumikan dengan haiwan korban yang berpakaian seperti dewa dan pahlawan, kedua-dua lelaki dan perempuan.

Agensi berita Reuters telah mendapat akses eksklusif kepada pameran itu sebelum ia dibuka.


Kebanyakan barang yang dipamerkan digali daripada runtuhan tempat tersuci Aztec, yang kini bersebelahan dengan tapak Muzium Templo Mayor.

Banyak ditemui dalam kotak batu yang tertutup, dikebumikan lebih lima abad lalu.

“Ini adalah objek yang amat mudah pecah, sangat halus,” kata kurator pameran, Cik Maria Barajas.

“(Banyak) daripadanya menunjukkan pahlawan yang mati dalam peperangan,” katanya.

“Anda boleh lihat mata mereka separuh terbuka, malah mulut terbuka.”

Kebanyakan artifak kayu reput dengan cepat dan hanya boleh bertahan dengan tahap kelembapan dan suhu yang tetap, kata Cik Barajas.

Memeliharanya melibatkan penggantian baki kelembapan dalam kayu itu dengan gula sintetik supaya artifak tidak reput, proses yang boleh memakan masa sehingga setahun.

Paparan di pameran juga dilengkapi dengan kawalan kelembapan yang ketat. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >