Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mengenang kehidupan Rasulullah dalam acara khas, forum, pameran, selawat

Sep 29, 2023 | 5:30 AM
FORUM KHAS: Dewan solat utama Masjid Alkaff Kampung Melayu di mana forum ‘Identiti Remaja: Panduan Abad Ini bagi Ibu Bapa Bijak’ akan berlangsung selepas solat isyak sempena sambutan Maulidur Rasul di masjid itu pada Sabtu, 7 Oktober ini.
FORUM KHAS: Dewan solat utama Masjid Alkaff Kampung Melayu di mana forum ‘Identiti Remaja: Panduan Abad Ini bagi Ibu Bapa Bijak’ akan berlangsung selepas solat isyak sempena sambutan Maulidur Rasul di masjid itu pada Sabtu, 7 Oktober ini. - Foto MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU

Meriah dan penuh dengan acara yang meningkatkan pengetahuan tentang kehidupan Rasulullah, Nabi Muhammad saw, dalam menggalakkan perpaduan dan keharmonian.

Itulah yang bakal dirasakan apabila acara sambutan sempena Maulidur Rasul, ‘Maulid & Bazaar’, anjuran Masjid Alkaff Kampung Melayu yang akan diadakan di masjid tersebut pada Sabtu, 7 Oktober ini.

Pengunjung boleh turut sama dalam sambutan yang akan diadakan dari 10 pagi hingga 10 malam itu yang acaranya termasuk bazar mini dan pameran, persembahan Maulud oleh sekumpulan kaum Muslimah Madrasah Alsagoff Al-Arabiah dan persembahan khas oleh pekerja migran dari Bangladesh.

Ini diikuti dengan kompang selawat, selawat belia, peraduan tahfiz serta sesi perkongsian oleh Skim Sokongan Wira Barah. Jamuan istimewa untuk hadirin turut disediakan bermula 2 petang.

Pada sebelah malam pula, sebuah forum khas yang membincangkan tajuk berjudul ‘Identiti Remaja: Panduan Abad Ini bagi Ibu Bapa Bijak’ akan berlangsung selepas solat isyak di dewan solat utama masjid itu.

Forum ini bertujuan mengajak hadirin melihat pendekatan yang diajarkan Rasulullah dalam membuat persiapan membimbing generasi masa depan.

Sempena sambutan Maulud itu, Masjid Alkaff Kampung Melayu juga berharap orang ramai dapat menyumbang untuk menaja sambutan tersebut yang dianggarkan mencapai $15,000.

Pengurus Masjid Alkaff Kampung Melayu, Ustaz Mohd Taufiq Mohd Ismail, berkata:

‘‘Kami mengalu-alukan sumbangan semua dalam menaja majlis ini. Namun, yang lebih utama, kami dengan besar hati mengundang semua agar hadir bagi memeriahkan majlis ini nanti.’’

Lebihan daripada kutipan tajaan ini akan disalurkan kepada dana peningkatan masjid tersebut.

CARA MENDERMA KEPADA DANA PENINGKATAN MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU:

1. Pemindahan bank ke dalam akaunOCBC: 581-608668-001. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘rujukan’ dan e-mel tangkap layar, atau screenshot transaksi, kepada finance@alkaffkm.mosque.org.sg.

2. Hantarkan cek atas nama LPM ALKAFF KG MELAYU. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’, nama, alamat dan nombor telefon anda di bahagian cek tersebut dan kirimkan kepada Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.

3.PayNow UEN: S94MQ0017D. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘rujukan’.

4. Langsung ke pejabat masjid dari Isnin hingga Jumaat: 9 pagi hingga 5.30 petang.

5. Sila hubungi Masjid Alkaff Kampung Melayu di talian 6242-7244 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg