Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AS bakal hantar sistem antipeluru berpandu, tentera ke Israel

Oct 14, 2024 | 2:39 PM
Tentera Israel memandu kenderaan melalui selatan Lebanon semasa konflik dengan Hezbollah di selatan Lebanon pada 13 Oktober sedang Amerika Syarikat mengumumkan akan menghantar tentera ke Israel bersama sistem antipeluru berpandu canggih.
Tentera Israel memandu kenderaan melalui selatan Lebanon semasa konflik dengan Hezbollah di selatan Lebanon pada 13 Oktober sedang Amerika Syarikat mengumumkan akan menghantar tentera ke Israel bersama sistem antipeluru berpandu canggih. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Amerika Syarikat akan menghantar tenteranya ke Israel bersama-sama dengan sistem antipeluru berpandu Amerika yang canggih.

Presiden Amerika, Encik Joe Biden, berkata pada 13 Oktober langkah itu bertujuan “mempertahankan Israel,” selepas Teheran melepaskan lebih 180 peluru berpandu ke Israel pada 1 Oktober.

Amerika telah menggesa Israel agar berfikir tentang tindak balasnya untuk mengelak daripada mencetuskan perang yang lebih luas di Timur Tengah.

Encik Biden secara terbuka menyuarakan bantahannya terhadap serangan Israel ke atas tapak nuklear Iran, lapor Reuters.

Penempatan tentera Amerika ke Israel jarang berlaku di luar latihan, memandangkan keupayaan ketenteraan Israel sendiri.

Tentera Amerika dalam beberapa bulan kebelakangan ini telah membantu pertahanan Israel apabila ia diserang Iran. Namun, ia dilakukan di luar Israel.

Menteri Luar Iran, Encik Abbas Araqchi, memberi amaran awal pada 13 Oktober bahawa Amerika meletakkan nyawa tenteranya “dalam risiko dengan mengerahkan mereka untuk mengendalikan sistem peluru berpandu di Israel”.

Encik Araqchi di platform media sosial X berkata:

“Walaupun kami telah melakukan usaha dalam beberapa hari kebelakangan ini untuk membendung perang habis-habisan di rantau kami, saya nyatakan dengan jelas bahawa kami tidak mempunyai garis merah dalam mempertahankan rakyat dan kepentingan kami.”

Pada 1 Oktober, Iran melepaskan lebih 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel di tengah-tengah pertempuran antara Israel dengan Hezbollah yang disokong Iran di Lebanon.

Kebanyakannya dipintas dalam penerbangan tetapi ada yang menembusi pertahanan peluru berpandu. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg