SPH Logo mobile
Langgan|

AS kerah pasukan khas, tentera cecah 50,000 di Timur Tengah

AS kerah pasukan khas, tentera cecah 50,000 di Timur Tengah

Mar 30, 2026 | 12:08 PM

AS kerah pasukan khas, tentera cecah 50,000 di Timur Tengah

AS, kerah tentera, konflik Amerika, Israel, Iran
Gambar edaran Tentera Laut Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada 18 Mac 2026 oleh Bahagian Hal Ehwal Awam Komando Pusat Amerika menunjukkan anggota kelasi memerhati sebuah pesawat F/A-18E Super Hornet milik Strike Fighter Squadron 31 menghampiri dek penerbangan kapal pengangkut pesawat terbesar dunia, USS Gerald R. Ford (CVN-78), semasa Operasi Epic Fury pada 8 Mac 2026. - Foto AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat meningkatkan kehadiran tenteranya di Asia Barat apabila ratusan anggota Pasukan Operasi Khas dihantar ke rantau itu, menyertai ribuan Marin dan pasukan payung terjun dalam usaha memberi lebih banyak pilihan ketenteraan kepada Presiden Donald Trump dalam konflik yang berlarutan dengan Iran.

Menurut dua pegawai tentera Amerika pada lewat 29 Mac, pasukan elit termasuk Army Rangers dan Navy SEAL itu masih belum diberikan misi khusus, namun berpotensi digunakan dalam beberapa operasi strategik.

Antara kemungkinan utama ialah penempatan pasukan bagi melindungi Selat Hormuz, laluan penting yang mengendalikan kira-kira 20 peratus perdagangan minyak dunia, tetapi kini terjejas akibat tindakan Iran menyekat penghantaran sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika dan Israel.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg