Trump tangguh serangan ke atas aset tenaga Iran, dakwa rundingan ‘berjalan baik’
Trump tangguh serangan ke atas aset tenaga Iran, dakwa rundingan ‘berjalan baik’
Tarikh akhir dilanjut hingga 6 Apr; beri bayang akan ambil alih sumber minyak Iran
Mar 27, 2026 | 11:16 AM
Trump tangguh serangan ke atas aset tenaga Iran, dakwa rundingan ‘berjalan baik’
Wanita Iran berjalan berhampiran poster mantan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, ketika menghadiri pengebumian mangsa konflik antara Iran, Israel dan Amerika Syarikat di tanah perkuburan Behesht Zahra, selatan Teheran, Iran, pada 26 Mac. - Foto EPA
WASHINGTON: Presiden Donald Trump menangguhkan tarikh akhir untuk melancarkan serangan ke atas aset tenaga Iran sehingga 6 April, dalam satu langkah yang dilihat sebagai percubaan membuka ruang kepada rundingan di tengah konflik yang semakin meruncing di Asia Barat.
Encik Trump berkata keputusan itu dibuat atas permintaan Teheran, sambil menegaskan bahawa rundingan antara kedua-dua pihak kini menunjukkan perkembangan positif walaupun suasana keseluruhan kekal tegang.
Laporan berkaitan
Iran tolak rundingan meski AS dakwa usaha damai berterusan Mar 26, 2026 | 12:16 PM
AS kemuka pelan 15 perkara kepada Iran untuk tamatkan perang Mar 25, 2026 | 1:04 PM

