Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AS sedia dipimpin wanita bernama Harris?

Jul 23, 2024 | 1:39 PM
Kamala Harris
Banyak yang telah berubah bagi wanita di Amerika Syarikat sejak 2016 tetapi isu jantina, warna kulit dan hakikat Amerika belum pernah diterajui wanita adalah antara cabaran yang dihadapi calon presiden Demokrat, Cik Kamala Harris, dalam pilihan raya pada November. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Dalam tempoh lapan tahun sejak Cik Hillary Clinton gagal memenangi jawatan presiden Amerika Syarikat, pengambilan lebih ramai wanita berpendidikan kolej buat kali pertama meningkat.

Pergerakan #MeToo mendedahkan masalah gangguan seksual dan menumbangkan lelaki berkuasa.

Mahkamah Agung pula membatalkan hak federal dalam isu pengguguran.

Adakah kesemua itu membawa perbezaan bagi Naib Presiden, Cik Kamala Harris?

Cik Harris nampaknya hampir pasti menjadi calon presiden Parti Demokrat selepas Presiden Joe Biden mengundur diri.

Justeru, beliau menghadapi, secara adil atau tidak, beberapa soalan yang sama seperti yang dihadapi Cik Clinton di negara yang masih belum memilih seorang wanita sebagai pemimpinnya.

Pertandingan jawatan presiden antara Cik Harris dengan bekas Presiden Encik Donald Trump itu bakal menyaksikan perlawanan semula: Encik Trump sekali lagi perlu menentang seorang wanita yang memegang jawatan pentadbiran tertinggi dan berkhidmat di Senat.

Encik Trump mengalahkan Cik Clinton pada 2016 meskipun beliau memenangi undi popular dengan margin yang luas.

Tetapi dinamiknya pasti berbeza.

Cik Harris tidak mempunyai warisan politik mahupun bagasi Cik Clinton.

Encik Trump, setelah menjalani penggal bergolak di pejabat dan diketahui.

Cik Harris berkulit hitam dan berketurunan Asia Selatan.

Dan negara itu tidak sama seperti lapan tahun dahulu.

“Wanita kini lebih lantang dan itu boleh memberi motivasi,” kata Cik Karen Crowley, 64 tahun, pesara jururawat yang berhasrat menyokong Cik Harris.

Antara sebabnya ialah Encik Trump dilihat ramai wanita sebagai seksis dan pembenci wanita atau misoginis.

“Seorang presiden wanita lebih bermungkinan sekarang,” kata Cik Crowley.

Menurutnya, kebencian terhadap wanita kekal sukar diatasi oleh Cik Harris.

“Beliau pintar dan pernah berkhidmat sebagai pendakwa raya, tetapi terdapat banyak lelaki kulit putih tua yang mahu menghalangnya.

“Satu-satunya perkara yang ‘salah’ dengan Cik Harris ialah beliau seorang wanita,” tambah Cik Crowley.

Membincangkan jantina seorang ahli politik terasa terdapat kekurangan dan regresif, terutama apabila ia kelihatan tidak relevan di negara lain.

United Kingdom mempunyai tiga perdana menteri wanita. Mexico memilih presiden wanita pertamanya pada 2024.

Namun, apabila seorang wanita bertanding jawatan di Amerika, ramai pengundi masih menyebut jantinanya – tanda terdapat kebimbangan dalam kalangan pengundi.

Cik Julia Blake, 80 tahun, dari La Jolla, California, berkata rakan-rakan kelab bukunya termasuk karyawan wanita, dengan ijazah sarjana dan kedoktoran menolak pemilihan presiden wanita. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg