Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Asean, GCC kutuk serangan ke atas orang awam, gesa gencatan senjata di Gaza

Oct 20, 2023 | 05:40 PM



RIYADH: Menteri luar Asean dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) sepakat mengecam semua serangan ke atas orang awam dan menggesa gencatan senjata jangka panjang dalam konflik Israel-Palestin.


Mereka juga menggesa supaya orang awam dan tahanan lain yang dijadikan tebusan, terutama wanita, kanak-kanak, orang yang uzur dan tua, dibebaskan serta-merta dan tanpa bersyarat.

Seruan itu dibuat melalui kenyataan bersama yang dikeluarkan menyusuli Sidang Puncak Asean-GCC pertama yang diadakan di ibu kota Arab Saudi pada Jumaat.

Pemimpin Asean dan GCC melahirkan keprihatinan mendalam terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah dan menggesa semua pihak memastikan laluan paling berkesan diperuntuk untuk membolehkan orang awam di Gaza menerima bantuan kemanusiaan, keperluan asas dan perkhidmatan wajar.

Seruan itu dibuat berikutan krisis kemanusiaan yang semakin meningkat di Jaluran Gaza, dan ketika pemimpin Asean bertemu rakan sejawatan mereka dari GCC untuk sidang puncak di Riyadh.

Israel telah memberi isyarat bahawa ia sedang bersiap sedia melancarkan serangan darat ke atas Gaza untuk memusnahkan Hamas ekoran serangan kumpulan itu pada 7 Oktober yang membunuh 1,400 orang di selatan Israel, termasuk warga Thailand dan Filipina.


Israel bertindak balas dengan melakukan pengeboman udara ke atas Gaza, yang diperintah Hamas. Israel berkata ia mahu memusnahkan kumpulan militan itu. Tindakan tentera Israel telah membunuh hampir 3,800 orang di Gaza.


Kenyataan Asean-GCC itu berkata: “Kami menggesa semua pihak yang terlibat dalam konflik untuk melindungi orang awam dan supaya tidak menjadikan mereka sasaran dan supaya mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa, terutama prinsip dan peruntukan Konvensyen Geneva.

Pemimpin dari kededua blok turut menggesa semua pihak yang terlibat supaya mengusahakan huraian aman bagi konflik itu dengan matlamat mencapai huraian dua negara.

Huraian sedemikian membolehkan kededua warga Israel dan warga Palestin hidup berjiran secara aman dan selamat, berdasarkan sempadan yang dilakar sebelum 1967 dan yang selaras dengan undang-undang antarabangsa dan huraian Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang relevan.

Pemimpin Asean-GCC juga berkata mereka menyokong inisiatif Saudi, Kesatuan Eropah (EU) dan Liga Arab untuk menghidupkan semula proses perdamaian di Timur Tengah dengan kerjasama Mesir dan Jordan, selain menghuraikan pertelingkahan antara Israel dan negara-negara jiran.

Membuka tirai sidang puncak, Putera Mahkota Mohammed Salman Al Saud menekankan lagi sokongan Saudi terhadap usaha mencapai huraian adil bagi perjuangan Palestin.


Menambah, beliau akur berasa ‘dukacita’ akibat keganasan yang bertambah di Gaza dan menolak sebarang tindakan yang menjadikan orang awam sasaran.


Dalam ucapannya di sidang puncak itu, Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, berkata konflik yang tercetus antara Israel dengan Hamas di Gaza telah menimbulkan keprihatinan mendalam, memandangkan kehilangan nyawa bagi kededua pihak, termasuk di Hospital Al Ahli Arab baru-baru ini.

Beliau menekankan lagi pendirian Singapura, yang mengutuk serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober. Namun, Encik Lee berkata walau Israel berhak mempertahankan dirinya sendiri, namun dalam berbuat demikian, ia harus patuh terhadap undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang peperangan dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan seberapa terdaya, melindungi keselamatan orang awam.

“Kami menggesa semua pihak membolehkan bantuan kemanusiaan kecemasan dihantar untuk membantu penduduk awam di Gaza,” kata beliau.


Encik Lee juga menekankan lagi sokongan konsisten Singapura bagi huraian dua negara yang dibincangkan, sebagai satu-satunya pilihan wajar untuk mencapai penyelesaian berpanjangan, adil dan menyeluruh.

Menyentuh tentang kerjasama Asean dengan GCC, yang dianggotai Bahrain, Kuwait, Qatar, Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE), Encik Lee berkata ada potensi kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan, serta mengurangkan penggunaan karbon.


Asean, kata Encik Lee, boleh menggunakan kepakaran dan pelaburan GCC untuk menyokong wawasan Asean untuk melaksanakan grid kuasa serantau.


Awal dari itu, Menteri Luar Asean dalam satu kenyataan bersama menggesa keganasan dan korban nyawa di Gaza dihentikan.


Mereka juga menekankan lagi sokongan Asean terhadap huraian dua negara yang dicapai menerusi perbincangan, menekankan komitmen memberikan bantuan kecemasan kepada warga negara Asean dan menggesa masyarakat antarabangsa menyokong proses perdamaian Timur Tengah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >