Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel, Mesir benarkan bantuan kemanusiaan disalur ke Gaza

Oct 19, 2023 | 05:47 PM



TEL AVIV: Penduduk di Jaluran Gaza boleh menarik nafas lega ekoran keputusan Israel dan Mesir membenarkan bantuan kemanusian di salurkan kepada mereka.


Pemerintah Israel berkata bahawa ia tidak akan menghalang bantuan kemanusiaan daripada memasuki Gaza berikutan tekanan daripada sekutu antarabangsanya untuk meredakan pengepungan selama 10 hari di wilayah Palestin itu.

Pejabat Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, mengumumkan keputusan itu dalam satu kenyataan pada Rabu ketika Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, mengakhiri lawatan singkatnya ke negara itu pada Rabu.

“Berdasarkan permintaan Presiden Biden, Israel tidak akan menghalang bekalan kemanusiaan dari Mesir selagi ia hanya makanan, air dan ubat-ubatan untuk penduduk awam di selatan Jaluran Gaza,” kata kenyataan itu.

Presiden Mesir, Encik Abdel Fattah al-Sisi, bersetuju membuka lintasan Rafah ke Gaza bagi membenarkan kemasukan kumpulan pertama kira-kira 20 trak bantuan kemanusiaan, kata Presiden Biden.

“Beliau bersetuju membenarkan sehingga 20 trak melalui lintasan Rafah sebagai permulaan,” kata Encik Biden kepada pemberita selepas menghubungi Encik Sisi dari Air Force One ketika pulang dari lawatan ke Israel.

Penghantaran itu mungkin tidak akan dilakukan sehingga Jumaat kerana jalan di lintasan memerlukan pembaikan, kata Encik Biden.

Encik Biden berkata sekitar 20 trak akan dibenarkan menyeberangi lintasan Rafah yang ditutup dari Mesir ke Gaza.

Ini merupakan petunjuk pertama bahawa bantuan kepada krisis kemanusiaan yang menyebabkan dua juta penduduk di kawasan itu menghadapi kekurangan keperluan asas yang teruk, akan menjadi kenyataan.

Israel bertindak memutuskan bekalan makanan, bahan api, air dan elektrik selepas militan Hamas melancarkan serangan ke selatan Israel pada 7 Oktober.

Pihak berkuasa Israel menyatakan dalam serangan Hamas itu, sekurang-kurangnya 1,400 orang terbunuh, lebih 4,400 cedera dan 199 yang lain telah ditawan sebagai tebusan.

Sejak serangan itu, Israel telah melancarkan serangan ke atas Gaza yang menyaksikan lebih 3,400 orang terbunuh dan lebih 12,000 lagi cedera.

Masih tidak jelas bila bantuan akan mula memasuki Gaza melalui lintasan Rafah. Namun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersedia mengagihkan bantuan di sempadan Gaza. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >