Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Asean kekal konsensus 5 perkara tangani krisis Myanmar: Vivian

Feb 04, 2023 | 05:18 PM



Negara Asean amat bersatu dan mempunyai hasrat sama dalam mengesahkan dan mahu pelaksanaan konsensus lima perkara yang telah diterima pakai pemimpin Asean pada April 2021 untuk menyelesaikan krisis di Myanmar.





Ini walaupun ada sebilangan anggota yang mempunyai kebimbangan dan keprihatinan berbeza terhadap krisis yang berterusan dan keadaan tidak stabil di negara itu.





Demikian dinyatakan Menteri Luar, Dr Vivian Balakrishnan, semasa bercakap kepada media selepas menghadiri Rahat Menteri Luar Asean di Jakarta pada Sabtu (4 Feb). 





Beliau berkata perkara itu dibincangkan secara meluas di mesyuarat itu.

Keadaan di negara itu, kata Dr Balakrishnan,  menjadi lebih buruk, menurut laporan di lapangan.





“Saya tekankan bahawa tidak akan ada penyelesaian melainkan ada percubaan jujur bagi perdamaian nasional untuk menghentikan keganasan, tahanan politik dibebaskan khususnya presiden Myanmar, Encik U Win Myint, dan Kaunselor Negara, Cik Aung San Suu Kyi, yang penting demi perdamaian nasional di kalangan semua pihak berkepentingan,” ujarnya.





Sementara itu, beliau  berkata negara Asean juga sedang giat berusaha untuk meningkatkan kemajuan dan kerjasama dalam ekonomi digital, ekonomi hijau, dan ekonomi biru dalam kalangan anggotanya untuk mencapai potensi lebih besar pada blok serantau itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >