Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mesyuarat Menteri Luar Asean

Asean tekankan perpaduan, anggap interaksi Thai-Myanmar sebagai positif

Jul 14, 2023 | 05:36 PM



JAKARTA: Beberapa negara Asean yang bermesyuarat di kalangan para menteri luarnya di sini pada Khamis, menyifatkan aktiviti Thailand berinteraksi dengan dengan Myanmar sebagai satu “perkembangan positif”.


Tetapi satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada malam itu menggariskan sebarang huraian terhadap krisis di negara yang sedang dilanda kekacauan itu, bergantung kepada blok serantau itu untuk kekal bersatu dalam melaksanakan kesepakatan lima perkara (5PC) bagi mewujudkan kedamaian.

Pada Rabu lalu, Menteri Luar Thailand yang akan berundur, Encik Don Pramudwinai, mendedahkan beliau telah bertemu pemimpin awam Myanmar yang digulingkan, Cik Aung San Suu Kyi, pada Ahad lalu, dan mengatakan telah mengadakan rundingan menggalakkan dengan junta tentera negara itu bagi menyelesaikan krisis di sana.

Rundingan itu diadakan selepas Encik Don mengundang rakan-rakan sejawatannya dalam Asean pada Jun, menyertai satu mesyuarat secara rahsia untuk melibatkan semula pihak tentera Myanmar. Selain Myanmar dan Thailand selaku tuan rumah, Laos adalah satu-satu negara yang mengirim diplomat tertingginya.

Negara-negara Asean yang lain, kecuali Singapura, Malaysia dan Indonesia, menghantar perwakilan lain.

Indonesia, selaku pengerusi Asean bagi 2023, berikrar untuk melakukan yang terbaik bagi memperbaiki keadaan di Myanmar. Jakarta berkata, pihaknya telah mengadakan 110 kali rundingan intensif dan inklusif dengan beberapa pihak lain, termasuk dengan junta – yang menggelar mereka sebagai Majlis Pentadbiran Negara – pihak pembangkang iaitu Pemerintah Perpaduan Kebangsaan dan beberapa yang lain.

Dalam kenyataan bersamanya, para menteri Asean telah mengulangi “pendirian bersatu” mereka iaitu 5PC adalah rujukan utama dalam menangani krisis di Myanmar dan mengutuk tindakan keganasan yang berterusan di negara itu.

Bagaimana, cara rancangan (5PC) itu akan dilaksanakan, akan diteliti.

“Kami akan menyemak semula secara intensif pelaksanaan 5PC ini dan mengajukan saranan kepada Sidang Puncak Asean Ke-43 nanti,” kata para menteri blok serantau itul lapor The Straits Times.


Mereka merujuk kepada sidang puncak peringkat tinggi blok serantau itu, yang akan diadakan di Jakarta pada September 2023.

Tentera Myanmar telah melancarkan rampasan kuasa ke atas pemerintah yang dipilih secara demokratik oleh rakyat negara itu pada Februari 2021 dan sejak itu Myanmar berada dalam keadaan huru-hara.

Asean menyiapkan rancangan lima perkara dengan pihak tentera, dua bulan kemudiannya.

Rancangan itu menggesa diadakan satu dialog di kalangan semua pihak, menghentikan segera keganasan di Myanmar, melantik wakil khas Asean bagi melaksanakan rundingan, menyediakan bantuan kemanusiaan dan lawatan perwakilan Asean ke Myanmar untuk berunding dengan semua pihak yang terlibat.

Bagaimanapun, tidak banyak kemajuan yang dicapai bagi menamatkan keganasan selepas rampasan kuasa itu yang telah mengorbankan ribuan nyawa.

Sementara itu, China dan negara-negara blok Asia Tenggara itu telah bersetuju dengan satu garis panduan bagi mempercepat rundingan mengenai tatalaku di Laut China Selatan yang dipertikaikan.

Garis panduan itu telah diterima semasa satu mesyuarat antara para menteri luas Asean dan diplomat tertinggi China, Encik Wang Yi, di ibu kota Indonesia, Jakarta, pada Khamis.

Menteri Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi, mengalu-alukan perkembangan itu sebagai satu kemajuan penting dan satu pencapaian yang “harus dilanjutkan bagi mewujudkan suasana yang positif,” antara rakan bagi memajukan lagi sikap keterbukaan dan inklusif, menghormati undang-undang antarabangsa, menggalakkan dialog dan kerjasama.

“Kami mahukan China menjadi rakan Asean yang teguh dalam mengekalkan suasana serantau yang terbuka dan inklusif. Hanya dengan cara ini, kita akan dapat mewujudkan kerjasama yang saling mendapatkan faedah demi kedamaian bersama, kemantapan dan kemakmuran di Indo-Pasifik,” kata Cik Retno pada Khamis, semasa sesi Mesyuarat Menteri Luar Asean selama empat hari, yang bermula pada Selasa lalu.

Negara Asean dan China telah berusaha sejak beberapa tahun lalu bagi menyediakan satu persetujuan tatalaku di Laut China Selatan, salah satu perairan yang paling sibuk di dunia yang juga “medan” yang menjadi rebutan China, Taiwan dan empat egara Asean – Brunei, Malaysia, Filipina dan Vietnam.

Kesemua pihak bertelagah atas beberapa isu, termasuk pergerakan ketenteraan dan aktivit menangkap ikan di kawasan tersebut.

Satu tolak-ansur telah dicapai pada 2002 apabila Beijing dan 10 buah negara blok serantau itu memeterai Perisytiharan Tatalaku, iaitu satu persetujuan tidak rasmi yang mengikat kedua-dua pihak supaya mematuhi prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa, menghormati kebebasan pelayaran dan menyelesaikan konflik secara aman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >