Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Asean rantau labur, dagang menarik bagi rakan sedunia: Kim Yong

Aug 20, 2023 | 02:12 PM



Singapura akan terus bekerjasama dengan negara anggota Asean untuk meningkatkan kelebihan perkumpulan itu sebagai sebuah rantau perdagangan dan pelaburan menarik bagi rakan sedunia, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Encik Gan Kim Yong.

Beliau menjelaskan bahawa sekitaran perdagangan yang berlandaskan peraturan, dan merebut potensi pendigitalan dan kemampanan adalah sangat penting bagi perniagaan yang beroperasi di rantau tersebut.

Encik Gan menyatakan demikian semasa menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi Asean (AEM) dan Mesyuarat Berkaitan, dari 19 hingga 20 Ogos di Semarang, Indonesia.

Pada Sabtu, beliau juga menghadiri Mesyuarat Majlis Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) ke-37, Jawatankuasa Kawasan Pelaburan Asean ke-26, Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Perniagaan Asean serta pelancaran Pencari Tarif Asean baru.

Perbincangan diadakan semasa mesyuarat-mesyuarat tersebut ditumpukan terhadap meneruskan usaha Asean agar ia dapat bekerjasama secara lebih bersepadu di balik sekitaran ekonomi sedunia yang kian mencabar, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam satu kenyataan.

“Negara anggota Asean telah berbincang secara aktif untuk membentuk sekitaran kondusif bagi memudahkan aliran pelaburan dan perdagangan rentas sempadan, menangani isu-isu semasa seperti pendigitalan dan kemampanan untuk membolehkan perniagaan merebut peluang perkembangan baru, meningkatkan daya tahan serta menetapkan rantau ini dalam kedudukan baik agar ia dapat mencapai perkembangan jangka masa panjang,” kata MTI.

Encik Gan berkata, Asean adalah penting bagi Singapura, Asia Tenggara dan seluruh dunia.

“Mesyuarat tahunan AEM dan keputusan baik yang diraih dari Semarang ini adalah bukti komitmen Asean dan usaha mereka untuk bersifat kekal terbuka, berhubung dan bersepadu antara satu sama lain,” katanya.

Dalam pada itu, Asean mengumumkan beberapa hasil bagi mencapai penyepaduan ekonomi di rantau ini.

Pertama, Asean mengumumkan Rangka Kerja Pemudahan Perkhidmatan Asean (ASFF) yang dirumuskan. Rangka kerja itu bermatlamat membentuk sekitaran perniagaan lebih telus dan lebih mudah dijangka bagi syarikat melaksanakan perdagangan rentas sempadan dalam perkhidmatan di rantau ini.

Mesyuarat tersebut juga melihat beberapa persetujuan dimeterai, seperti Persetujuan Rangka Kerja Asean bagi beberapa persetujuan pengiktirafan agar dapat mengurangkan gangguan terhadap perdagangan serta masa dan kos yang berpunca daripada pemeriksaan, dan pensijilan ulangan.

Persetujuan lain termasuk strategi Asean bagi mencapai pengeluaran sifar karbon dan kajian terhadap Persetujuan Rangka Kerja Ekonomi Digital Asean agar dapat membolehkan Asean mencapai visi ekonomi digital tunggal dan masa depan bebas karbon.

Pencari Tarif Asean baru yang dilancarkan pula menawarkan portal mesra pengguna bagi peniaga mengakses maklumat terkini terhadap regim perdagangan dan kadar tarif antara Asean.

Sebuah memorandum persefahaman (MOU) juga dimeterai dengan Pertubuhan Harta Intelek Dunia (Wipo) agar dapat membolehkan perniagaan di Asean memanfaatkan harta intelek mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >