Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Audio bocor dedah tebusan marah dengan Netanyahu

Dec 08, 2023 | 01:50 PM



TEL AVIV: Rakaman audio yang dibocorkan mengenai pertemuan antara tebusan Israel yang telah dibebaskan dengan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, mendedahkan kemarahan mereka terhadap tindak tanduk pemerintah dan keganasan terhadap tawanan yang berterusan oleh Hamas di Gaza.


Audio pertemuan antara bekas tebusan, saudara-mara beberapa tebusan yang masih ditahan dengan kabinet perang Israel 5 Disember itu telah dibocorkan, dengan sebahagian daripadanya diterbitkan di laman berita Israel, Ynet.


Ia timbul di tengah-tengah semakin meningkatnya tekanan terhadap Encik Netanyahu supaya mendapatkan pembebasan tebusan yang masih ditahan dan penelitian terhadap kempen ketenteraan Israel yang semakin giat di Gaza.

Ynet juga melaporkan bahawa respons Encik Netanyahu terhadap tebusan dan saudara-mara mereka disambut dengan kenyataan berbaur pedas dan marah.


Seorang wanita yang dibebaskan bersama anak-anaknya – tetapi tanpa suaminya, yang masih dalam tahanan – kedengaran dalam satu rakaman sebagai berkata: “Apa yang kami rasakan ialah tiada sesiapa yang melakukan apa-apa untuk kami.

“Hakikatnya saya berada di tempat persembunyian yang dibedil dan kami terpaksa diseludup keluar dan kami cedera. Helikopter juga menembak kami dalam perjalanan ke Gaza.”

Beliau menambah:

“Anda tidak mempunyai maklumat bahawa kami dibedil, hakikat bahawa tiada siapa yang tahu apa-apa tentang di mana kami berada... Anda mendakwa bahawa anda bijak tetapi hakikatnya kita sedang diserang. Suami saya telah dipisahkan daripada kami tiga hari sebelum kami kembali ke Israel dan dibawa ke terowong Hamas di bawah Gaza.”

Israel telah melancarkan pengeboman udara berterusan ke atas Gaza sejak serangan Hamas pada 7 Oktober ke atas negara itu, yang mengakibatkan 1,200 orang terbunuh dan lebih 240 ditahan sebagai tebusan.

Bekas tebusan itu selanjutnya berkata: “Dan anda mahu menjatuhkan Hamas, untuk menunjukkan bahawa anda lebih kuat? Tidak ada kehidupan di sini yang lebih penting daripada yang lain. Kembalikan semua tebusan bukan dalam sebulan, dua bulan atau setahun.”

Angkatan Bersenjata Israel (IDF) berkata bahawa terdapat baki 136 tebusan yang masih ditahan di Gaza, termasuk 17 wanita dan kanak-kanak.

Audio yang bocor itu diterbitkan di laman berita Israel Ynet, juga mendakwa sebuah helikopter tentera Israel melepaskan tembakan ke arah tebusan Israel yang ditahan Hamas pada 7 Oktober ketika dalam perjalanan ke Gaza, menurut video yang bocor, mendedahkan ketakutan tebusan yang mungkin terbunuh dalam serangan Israel, bukannya Hamas.


Laman berita Israel Ynet turut mendakwa berlaku pertemuan pada 5 Disember antara bekas tebusan, ahli keluarga tebusan yang masih ditahan dan jawatankuasa perang Kabinet Israel.


“Perasaan kami di sana ialah tiada siapa yang melakukan apa-apa untuk kami. Hakikatnya ialah saya berada di tempat persembunyian yang dibedil dan kami terpaksa diseludup keluar dan kami cedera.

“Selain helikopter yang menembak kami dalam perjalanan ke Gaza. Perkara sebenar adalah kami dibedil, hakikatnya tiada siapa yang tahu apa-apa di mana kami berada.

“Anda mendakwa bahawa terdapat risikan. Tetapi hakikatnya ialah kami dibedil. Suami saya sudah dipisahkan daripada kami tiga hari sebelum kami kembali ke Israel dan dibawa ke terowong (Hamas),” kata seorang tebusan wanita yang dibebaskan, dalam rakaman itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >