Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS pujuk Israel, Hamas bebaskan lebih ramai tebusan dan tahanan

Dec 04, 2023 | 12:38 PM



WASHINGTON: Pemerintah Amerika Syarikat sedang bekerja keras untuk memujuk Israel dan Hamas supaya kembali ke meja rundingan bagi sekali lagi menghentikan permusuhan dan menukar lebih banyak tahanan dengan tebusan, kata jurucakap Rumah Putih.


“Kami masih bekerja keras, jam demi jam, untuk melihat sama ada kami boleh mengembalikan pasukan ke meja rundingan dan melihat sama ada kami boleh mendapatkan sesuatu yang bergerak,” Kata Encik John F. Kirby, penyelaras komunikasi strategik di Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih.

Beliau yang menyatakan demikian dalam program Meet the Press di NBC menambah: “Kalau boleh kami mahu perkara itu berlaku hari ini. Tetapi secara jujur, saya tidak tahu.”


Dalam penampilan di beberapa rancangan bual bicara pada 3 Disember, Encik Kirby menekankan bahawa Hamas harus dipersalahkan atas kebuntuan dalam rundingan.

Ini kerana mereka tidak memenuhi syarat perjanjian asalnya untuk mula menyerahkan tawanan yang ditahannya di Gaza.

Beliau selanjutnya berkata bahawa Hamas gagal menghasilkan senarai tebusan wanita dan kanak-kanak yang boleh dibebaskan sebagai tambahan kepada 105 tebusan yang telah dibebaskan semasa gencatan senjata asal.

Antara yang masih ditahan ialah lapan atau sembilan rakyat Amerika.

Encik Osama Hamdan, wakil Hamas di Lebanon berkata pada 3 Disember bahawa rundingan mengenai tebusan tidak akan diteruskan sehinggalah Israel menghentikan serangan.

Israel sejak itu telah meneruskan serangannya ke atas Hamas, dan Encik Kirby menggesa negara itu supaya mengelakkan korban awam.

Menurutnya, pihak berkuasa Israel didapati terbuka kepada nasihat Amerika tentang cara membuat serangan mereka agar lebih tepat.

“Kami percaya bahawa mereka telah menerima mesej kami dari segi cuba meminimumkan korban awam,” katanya pada rancangan This Week di ABC.


Beliau berkata Israel telah menerbitkan peta yang mengarahkan orang awam ke kawasan yang dikatakan sebagai zon selamat.

Peperangan bermula apabila militan Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober yang menyaksikan lebih 1,200 orang terbunuh dan lebih 240 orang ditahan sebagai tebusan.

Israel bertindak balas menerusi pengeboman dan serangan darat berterusan yang menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza telah mengorbankan lebih 15,000 jiwa.


Presiden Joe Biden menyatakan dalam pada pihaknya menyokong hak Israel untuk mempertahankan diri, namun pentadbiran juga telah berusaha untuk menghalang Israel daripada apa yang dipercayai bertindak terlalu jauh dalam tindak balasnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >