Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Australia bakal terima 500,000 dos vaksin Covid-19 dalam rundingan pertukaran vaksin dengan S'pura

Aug 31, 2021 | 07:00 PM



CANBERRA/SINGAPURA: Australia akan menerima setengah juta dos vaksin Covid-19 keluaran Pfizer dari Singapura minggu ini, dengan Canberra akan mengembalikan jumlah yang sama lewat tahun ini, menurut pemimpin kedua-dua negara, pada Selasa (31 Ogos).



Pertukaran vaksin itu akan membolehkan Australia, yang kini terkapai-kapai dalam mengekang lonjakan kes Covid-19, mempercepat program vaksinasi mereka.



“Kami perlu melakukan vaksinasi ke seluruh negara dan memerlukan dos vaksin itu bagi ke gu naan di seluruh negara dan meningkatkan jumlah penerimanya,” kata Perdana Menteri Australia, Encik Scott Morrison.



“Ini adalah bantuan yang memberi pertolongan besar kepada program vaksinasi seluruh negara kerana ia menarik dua kumpulan usia ke program ini – 16 hingga 29 tahun, yang telah bermula minggu ini – dan, tentunya 12 hingga 15 tahun,” katanya yang ditukil Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).



Encik Morrison mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, kerana membantu dalam memudahkan pertukaran itu.



Kata Encik Lee dalam catatan di Facebook: “Kedua-dua negara kita menikmati hubung an yang panjang lagi mesra, dan ini adalah satu lagi contoh Rakan Kerja Strategik Menyeluruh.



“Gembira dapat membantu usaha mereka dalam menarik lebih ramai rakyat Australia divaksinasi secepat mungkin. “Negara-negara mesti bersatu dalam meme rangi pandemik ini, jadi kita semua dapat memasuki norma baharu. Singapura bersedia memainkan peranannya,” ujar beliau.



Kadar vaksinasi Covid-19 di Singapura telah mencecah 80 peratus rakyatnya yang menerima dua dos suntikan sehingga Ahad lalu.



Dalam kenyataannya, Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) berkata: “Aturan ini akan membolehkan kedua-dua negara saling membantu satu sama lain dalam mengoptimumkan jadual masing-masing dalam menjalankan vaksinasi ke atas rakyat terhadap Covid-19”.



MFA menyatakan faedah dalam memberi jumlah vaksin yang sama kepada Australia dan kemudian menerimanya lewat tahun ini “selepas kita telah memanfaatkan bekalan sedia ada bagi keseluruhan rakyat, termasuk pemegang pas tempoh jangka panjang yang baharu sedang kita membuka ekonomi dan melonggarkan per ge rakan masyarakat”. - Agensi Berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >