Australia, Indonesia umum hubungan tentera dua negara pulih

SYDNEY: Australia dan Indonesia semalam mengumumkan hubungan ketenteraan antara dua negara dipulihkan, selepas tentera Indonesia menggantung kerjasama pada Januari lalu kerana bahan pengajaran 'menghina' ditemui di sebuah pangkalan tentera negara itu.

Perdana Menteri Australia, Encik Malcolm Turnbull, membuat pengumuman itu bersama Presiden Indonesia Joko 'Jokowi' Widodo yang tiba semalam bagi lawatan pertamanya.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan